Berita baik untuk pelajar sekolah bagi sesi 2022/2023 dimana tarikh rasmi bayaran Bantuan Awal Persekolahan secara tunai sebanyak RM150 telahpun dimaklumkan baru-baru ini.
Dengan adanya bantuan seperti ini sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban ibu bapa dalam menampung kos perbelanjaan anak-anak mereka bagi memulakan persekolahan.
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar pada bajet 2022 kali ini iaitu sejumlah 52.6 bilion ringgit atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.
Menurut Tengku Zafrul, dalam pelaksanaan program Bantuan Awal Persekolahan pada tahun ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM450 juta dan akan memanfaatkan seramai 3 juta murid-murid yang layak dimana mereka masing-masing akan menerima sebanyak :
- RM150 (Tahun 2022) – One-off
- RM100 (Tahun 2021)
TARIKH BAYARAN
- Bermula 17 Januari (ISNIN)
Namun, tarikh tersebut hanya tertakluk kepada murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac 2022 nanti.
Manakala murid :
- Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan bawah RM3000 yang sedang dalam sesi persekolahan sesi 2021/2022 juga tidak terkecuali bagi mendapat bayaran BAP.
- Murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022 nanti, bayaran BAP akan dilaksanakan apabila proses pendaftara mereka selesai.
SYARAT KELAYAKAN
- Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa. Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja. Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
KAEDAH BAYARAN
Pelajar yang layak mendapat bantuan ini akan dibayar terus melalui Kementerian Pendidikan Malaysia secara berperingkat dengan kaedah :
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
CARA MOHON
- Untuk makluman ibubapa, sebarang permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan ini, anda tidak perlu lagi melakukannya. Ini kerana, pihak sekolah yang akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan ini, bergantung kepada syarat kelayakan anda.
- Mana-mana murid yang layak untuk mendapat bantuan ini, satu lampiran borang akan di beri yang perlu ibu bapa lengkapkan.
- Bantuan ini khusus untuk murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.
- Keluarga berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 ke bawah.
Berapakah kadar bantuan ini?
Anak saya seramai 3 orang dan masih bersekolah, adakah mereka semua layak untuk menerima?
Layak. Semuanya bergantung kepada syarat kriteria yang telah di tetapkan.
Anak sy umur 17..tapi umur 16 dy sudah tak sekolah smk..dy masuk kolej kat Kampar..nak tanya boleh ke mohon bantuan sekolah..kite cuma bertanya..