Cara Mohon Bantuan RM100 Sehari Nadma
Dalam kita menghadapi pandemik global Covid-19, sudah tentu sumber pendapatan harian kita akan terjejas, ada yang kehilangan pekerjaan dan mungkin ada yang perniagaannya terpaksa di hentikan kerana tidak sanggup lagi menampung kos modal perniagaan.
Justeru itu, dalam menjaga kebajikan rakyat, kerajaan tidak putus-putus untuk menyalurkan bantuan seperti, GKP, BPR, BKC dan macam-macam lagi untuk kesejahteraan kita semua.
Untuk pengetahuan anda, terdapat satu bantuan yang boleh anda manfaatkan sekiranya anda telah dikuarantin atau mendapat rawatan disebabkan pandemik Covid-19. Bantuan yang kami maksudkan adalah, Bantuan Khas RM100 sehari yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 NADMA dan cara untuk memohon.
BANTUAN NADMA
Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung Covid-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Kuarantin) bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat pesakit Covid-19 (warded).
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bantuan ini dilancarkan bagi membantu mereka yang :
- telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
- mereka yang menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penulaan Covid-19
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan bagi penerima yang layak adalah :
- RM100
– Sekiranya pesakit tersebut menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - Maksimum 14 hari rawatan (RM100 x 14 hari)
- Bayaran One-off
– Bantuan hanya diberikan sekali sahaja dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima bantuan ini iaitu :
- Warganegara Malaysia yang ekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid-19.
- Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak di bayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded)
PEMOHON TIDAK LAYAK
Untuk makluman, bukan semua pesakit yang layak bagi menerima bantuan ini antaranya :
- Bukan Warganegara
- Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Mempunya pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded)
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara-cara untum memohon bantuan NADMA Covid-19 :
- Sila muat turun dokumen-dokumen di web rasmi http://www.nadma.gov.my/
– Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
– Surat Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
– Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C)*jika tiada akaun bank - Sekiranya permohonan anda telah lengkap diisi, sila hantar melalui pos ke alamat berikut :
KETUA PENGARAH
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
52502 PUTRAJA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
DOKUMEN SOKONGAN
Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bagi menerima bantuan ini :
- Borang permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
- Salinan kad pengenalan (salinan diakui SAH)
- Dokumen KKM (diakui SAH) seperti :
– Salinan Borang Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
– Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 - Borang Akuan kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (dokumen asal)
- Salinan penyata bank / muka depan buku akaun (diakui SAH)
KAEDAH BAYARAN
Bayaran bantuan akan dibayar melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19
Sekiranya anda telah mengemukakan permohonan Bantuan Khas Covid-19 dan ingin membuat semakan status permohonan, anda boleh semak secara online di pautan berikut: