Kini kita berada di bulan Januari 2022, sudah tentu akan adanya bantuan daripada kerajaan yang bakal kita nikmati.
Terkini! Bantuan khas untuk kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan dimana mereka akan mendapat bantuan secara tunai dalam masa terdekat.
Untuk makluman semua, mana-mana kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan yang sedang dan telah berkhidmat, mereka akan menerima bantuan khas secara tunai pada tahun ini. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan ketika membentang Belanjawan 2022 Oktober.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN RM350 DAN RM700
Dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion,kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kepada kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Bantuan tunai ini bakal memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan seramai 1 juta lagi kepada pesara Kerajaan.
Melalui bantuan ini, kadar bayaran akan dinaikkan berbanding Bajet 2021 lalu, Penjawat Awam menerima RM600 dan Pesara Kerajaan menerima RM300. Bagi kali ini, kenaikan kadar bantuan akan diberikan sebanyak :
- RM700 – Penjawat Awam G56
- RM350 – Pesara Kerajaan
Menurut Menteri Kewangan, dalam pelaksanaan bantuan kewangan ini, ianya akan melibatkan implikasi Kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.
TARIKH BAYARAN
Buat masa ini, tarikh rasmi pelaksanaan bantuan ini belum dinyatakan. Walaubagaimana pun, pihak kami menjangkakan ianya akan dilaksanakan pada Januari 2022 nanti kerana, bantuan khas sebelum ini telah dilaksanakan pada 25 Januari 2021.
Pihak kami akan maklumkan kepada anda dari semasa ke semasa sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.
CARA MEMOHON
Sebarang permohonan tidak perlu dilakukan kerana bayaran akan terus dikreditkan ke akaun penjawat awam dan pesara kerajaan.
“Bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini, Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak 700 ringgit dan 1 juta pesara Kerajaan sebanyak 350 ringgit dengan implikasi Kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.”
“Diharapkan semoga bantuan ini dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.” –Tengku Zafrul-