Disember lalu, beberapa kawasan di beberapa negeri telah dilanda banjir yang teruk sehinggakan ramai orang awam terjejas dimana kebanyakan tempat tinggal mereka dinaiki air.
Untuk makluman, penduduk yang terjejas akibat banjir iaitu seramai 42,901 daripada 45,44 Ketua Isi Rumah (KIR) telahpun menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 baru-baru ini.
Terbaru, melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat empat lagi inisiatif yang bakal diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas.
Ikuti perkongsian dibawah.
4 INISIATIF BANTUAN
Dalam menyantuni kepentingan rakyat khususnya mereka yang terjejas akibat banjir, pelbagai bantuan yang akan diberikan kepada Ketua Isi Rumah ini. Selain bantuan tunai, kerajaan turut memberi bantuan berbentuk baucar untuk mereka membeli barangan keperluan.
Antara bantuan yang akan diberikan adalah :
- Pembelian barang keperluan
- Rebat belian barang elektrik
- Rebat baik pulih dan penggantian baharu kenderaan
- Bantuan baik pulih rumah dibawah RM5,000
TARIKH BAYARAN
Ketika Perdana Menteri berucap, bantuan ini akan mula dilaksanakan pada :
- 10 JANUARI 2022
KADAR BAYARAN BANTUAN
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai dan baucar. Mangsa banjir yang terlibat bakal menerima bantuan maksimum :
- RM4,000
- RM2,500
- RM500
- RM1,000
PERMOHONAN BANTUAN
Sebarang permohonan untuk bantuan ini adalah TIDAK PERLU!
Sekiranya anda adalah mangsa banjir yang terjejas, anda hanya perlu menerima pengesahan daripada Ketua Komuniti atau Pegawai Daerah yang telah di beri tanggungjawab.
KAEDAH BAYARAN
Berikut adalah kaedah bayaran bagi bantuan ini :
- Bantuan akan diberikan secara terus ke rumah mangsa
- Agihan secara berkumpulan
- Melalui akaun bank mangsa