BANTUANBELANJAWAN 2022BKM

Tarikh Dan Jadual Penuh Bayaran BKM 2022

Adakah anda telah membuat pemohonan baru dan mengemaskini maklumat BKM anda? Ingin di ingatkan, tempoh untuk membuat PERMOHONAN BARU dan membuat KEMASKINI MAKLUMAT peribadi anda kini telah di BUKA bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022.

Baru-baru ini, makluman mengenai tarikh bayaran BKM 2022 telahpun di maklumkan. Makluman lain mengenainya, bayaran BKM 2022 itu nanti akan melalui 4 fasa bayaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta penerima. 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.

TARIKH & JADUAL BAYARAN BKM 2022

Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran iaitu :

Fasa 1 (Mac 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

Fasa 2 (Jun 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan

Fasa 3 (September 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
  • Bujang

Fasa 4 (Disember 2022)

Kategori :
  • Isi Rumah
  • Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
Nota : 
  • Merujuk pada jadual diatas, bayaran bagi kategori Bujang hanya akan melalui 2 Fasa sahaja iaitu bulan Mac dan September sahaja.
  • Tarikh rasmi bayaran BKM 2022 ini belum lagi dinyatakan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.
Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

KADAR BAYARAN BKM

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

SYARAT KELAYAKAN BKM

Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :

  1. Isi Rumah
    i) Kahwin
    ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. 

  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
     
  3. Bujang
    i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
     

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Related Articles

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button