Adakah anda telah membuat pemohonan baru dan mengemaskini maklumat BKM anda? Ingin di ingatkan, tempoh untuk membuat PERMOHONAN BARU dan membuat KEMASKINI MAKLUMAT peribadi anda kini telah di BUKA bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022.
Baru-baru ini, makluman mengenai tarikh bayaran BKM 2022 telahpun di maklumkan. Makluman lain mengenainya, bayaran BKM 2022 itu nanti akan melalui 4 fasa bayaran.
Ikuti perkongsian di bawah untuk lebih lanjut.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta penerima.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
Melalui bantuan ini, setiap isi rumah yang berkeluarga bakal menerima bantuan tunai sehingga RM2500 untuk setiap keluarga.
TARIKH & JADUAL BAYARAN BKM 2022
Menerusi kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan mengenai bayaran BKM 2022 ini, ianya akan melalui 4 fasa bayaran iaitu :
Fasa 1 (Mac 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
- Bujang
Fasa 2 (Jun 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
Fasa 3 (September 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
- Bujang
Fasa 4 (Disember 2022)
- Isi Rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
- Merujuk pada jadual diatas, bayaran bagi kategori Bujang hanya akan melalui 2 Fasa sahaja iaitu bulan Mac dan September sahaja.
- Tarikh rasmi bayaran BKM 2022 ini belum lagi dinyatakan. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. - Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Tarikh haribulan masuk disahkan bila ?
Tarikh kemasukan?
Dh nk masuk sekolah ni…. Bila nk dpt bkm ye…
Org dh tau dh bulan 3 lani org nk tau bila tarikh hari bln duit msuk yg tu ja apa yg bongok sgt kerajaan mcm hampa ni
Dah semak kat bank, masih tiada kemasukan BKM..
Kami nak tahu bila tarikh BKM ini masuk ??? Mintak jelaskan apa yang pending lama sgt ni