Pelbagai bantuan yang disediakan dan diberikan oleh kerajaan dalam membantu dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah tambahan lagi ketika ini negara kita masih berhadapatan melawan pandemik Covid-19.
Dengan adanya pandemik seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia pasti akan terkesan sehinggakan ada yang kehilangan pendapatan mahupun pekerjaan.
Namun, terdapat bantuan bulanan yang boleh di mohon melalui pogram e-Kasih.
e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.
CIRI UTAMA E-KASIH
Berikut adalah ciri-ciri utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :
Membuat semakan status kemiskinan secara online
Menyelaraskan maklumat bantuan
Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan bantuan bagi tahun 2021 adalah berbeza bagi lokasi (negeri) dan jenis bantuan yang dimohon.
Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) – RM1,500
Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) – RM1,000
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali.
Untuk rujukan terperinci mengenai PGK semasa mengikut negeri, sila rujuk pautan di bawah ini :
SEMAKAN e-KASIH
Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
PERMOHONAN e-KASIH
Bagi anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah proses permohonan :
PENDAFTARAN e-KASIH
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
telefon
surat
e-mel rasmi
membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800
Nota : Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Untuk memohon eKasih 2021, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaituButiran KIR dan AIR
Lokasi
Kediaman
Pendidikan
Kemahiran dan pekerjaan
Harta
Kesihatan
Bantuan
Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.