BANTUANBELANJAWAN 2022KPM

BAP 2022 : Bantuan Kewangan Untuk Pelajar Sebanyak RM150 Seorang

Sesi persekolahan 2022 akan bermula. Ibu bapa ketika ini sudah tentu sibuk dalam mengurus perbelanjaan kelengkapan untuk anak-anak mereka bagi memulakan persekolahan.

Oleh itu, bagi tahun 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini. Sejumlah 450 juta ringgit diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak. Perkara ini telah diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu.

Ikuti perkongsian dibawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenainya.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar pada bajet 2022 kali ini iaitu sejumlah 52.6 bilion ringgit atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan. 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.  Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya.

Menurut Tengku Zafrul, dalam pelaksanaan program Bantuan Awal Persekolahan pada tahun ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM450 juta dan akan memanfaatkan seramai 3 juta murid-murid yang layak dimana mereka masing-masing akan menerima sebanyak :

  • RM150 (Tahun 2022) – One-off
  • RM100 (Tahun 2021)
Ini bermakna, terdapat kenaikan sebanyak RM50 bagi Bantuan Awal Persekolahan pada sesi 2022 nanti.

“Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.” 

Join Channel Telegram Kami Untuk Info Pantas Dengan Meng-Klik Pautan Di Bawah :

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi setiap murid dari mendapat Bantuan Awal Persekolahan ini adalah seperti berikut :
  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

KAEDAH BAYARAN

Pelajar yang layak mendapat bantuan ini akan dibayar terus melalui Kementerian Pendidikan Malaysia secara berperingkat dengan kaedah :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

CARA MOHON

  • Untuk makluman ibubapa, sebarang permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan ini, anda tidak perlu lagi melakukannya. Ini kerana, pihak sekolah yang akan mengeluarkan senarai nama murid yang layak mendapatkan bantuan ini, bergantung kepada syarat kelayakan anda.
  • Mana-mana murid yang layak untuk mendapat bantuan ini, satu lampiran borang akan di beri yang perlu ibu bapa lengkapkan.

SOALAN LAZIM

Bantuan ini khusus untuk siapa?
  • Bantuan ini khusus untuk murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5.
  • Keluarga berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000 ke bawah.

Berapakah kadar bantuan ini?

Kadar bantuan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM150.00 bagi seorang murid.

Anak saya seramai 3 orang dan masih bersekolah, adakah mereka semua layak untuk menerima?

Layak. Semuanya bergantung kepada syarat kriteria yang telah di tetapkan. 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Awal Persekolahan ini, anda bolehlah merujuk ke pautan ini : https://www.moe.gov.my/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button