BKM 2022 : Permohonan & Kemaskini Maklumat Bantuan RM2500 Kini Telah Di BUKA!
Alhamdulillah, kini kita berada di hari pertama tahun 2022.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan sedia ada tidak pernah mengabaikan keperluan rakyat Malaysia dan sentiasa komited dalam terus membantu agar kesejahteraan hidup kita sentiasa terjamin. Pelbagai jenis bantuan telah diberikan contohnya seperti BPR, BKC, GKP, BPN dan banyak lagi. Kesemua bantuan ini telahpun selesai dilaksanakan.
Bantuan seperti disebutkan tadi tidak hanya berhenti di situ sahaja, pada Pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, satu bantuan baharu telah diperkenalkan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia. Pihak kami jangkakan, bantuan ini bagi menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat.
Oleh itu, ingin diingatkan kepada anda semua bahawa, tempoh untuk membuat PERMOHONAN BARU dan membuat KEMASKINI MAKLUMAT peribadi anda kini telah di BUKA!
Ikuti perkongsian di bawah untuk lebih lanjut.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion, Bantuan Keluarga Malaysia ini bakal memanfaatkan seramai 9.6 juta penerima.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM
Seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM, tempoh pengemaskinian maklumat ataupun permohonan baharu BKM ini boleh dibuat bermula :
- 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022
PENERIMA GKP YANG GAGAL
TARIKH PEMBAYARAN BKM
- MELALUI 4 FASA
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. - Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PERMOHONAN BKM
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM bagi mengurangkan exclusion error.
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR / BKC sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/