Bantuan Kewangan RM1000 Sebulan Untuk Individu Yang Layak
Khas untuk para belia yang masih menganggur dan belum memiliki pekerjaan yang tetap dimana, anda digalakkan untuk memohon program perantisan PERKESO kerana sekiranya berkelayakan, anda akan diberikan elaun secara bulanan.
Sebelum ini, Program Perantisan PERKESO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.
Namun, program ini telah ditambah baik di mana ianya akan berjalan selama 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi. Perkara ini telah di umumkan oleh Perdana Menteri di mana beliau memperkenalkan satu lagi program yang di kenali sebagai Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi maklumat terperinci mengenai Program Perantisan PERKESO dibawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA)
PROGRAM PERANTISAN PERKESO
Untuk makluman anda, Program Perantisan PERKESO di bawah PEMERKASA ini adalah program yang telah ditambah baik dibawa PenjanaKerjaya 2.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini setelah Kerajaan mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.
KADAR BAYARAN & TARIKH PERMOHONAN
Berikut adalah kadar bayaran berserta tarikh permohonan mengikut program :
Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)
Program Perantisan PERKESO (PEMERKASA)
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan Perantisan Asal)
SYARAT PERMOHONAN
Majikan
- Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasa sekolah yang berumur di antara 18 – 30 tahun.
- Majikan boleh menggajikan mana-mana PErantis mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.
- Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah
- Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
SYARAT KELAYAKAN
- Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
- Hanya kursus yang dikenal pasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
- Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
CARA PERMOHONAN
Majikan
- Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di Portal rasmi iaitu : https://www.myfuturejobs.gov.my/
- Pemohonan hendaklah membuat permohonan insentif di portal https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php
Perantis
- Untuk perantis yang ingin membuat permohonan, bolehlah memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui portal rasmi iaitu : https://www.myfuturejobs.gov.my/
SOALAN LAZIM
- Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.
- Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.
- Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my