BANTUAN

BINGKAS : Bantuan RM300 Sebulan Tahun 2022

November lalu, telah berlangsung sesi pembahasan Belanjawan 2022 bagi negeri Selangor.

Pelbagai inisiatif yang akan diberikan kepada rakyat Selangor khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Peruntukan sebanyak RM108 juta telah disediakan bagi memanfaatkan lebih kurang 30,000 keluarga termasuk ibu tunggal yang terjejas dalam menghadapi krisis pandemik Covid-19.

Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan maklumat ringkas mengenainya. Ikuti perkongsian dibawah.

BINGKAS SELANGOR

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan negeri Selangor untuk membantu meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas dalam menghadapi cabaran pancapandemik.

Melalui pembentangan belanjawan tersebut, ibu tunggal di negeri tersebut tidak terkecuali bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan di mana, mereka yang berkelayakan akan menerima instentif bulanan sebanyak RM300.

KADAR BAYARAN

Melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ini, setiap keluarga yang berkelayakan akan menerima insentif bulanan sebanyak :

  • RM300 / sebulan (termasuk ibu tunggal)

Ini bermakna, setiap keluarga/ibu tunggal bakal menerima jumlah keseluruhan berjumlah RM3,600 setahun.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima bantuan BINGKAS ini :

  • Berdaftar sebagai penerima BSH/BPR dibawah kategori berpendapatan RM2,000 kebawah atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar melalui pangkalan data e-kasih.
  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap lebih 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor
  • Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu unggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM2,000
Join Channel Telegram Rasmi Kami Dengan Meng-klik pautan di bawah :

CARA PERMOHONAN BINGKAS

Buat ketika ini, makluman mengenai PERMOHONAN BINGKAS ini belum lagi dimaklumkan secara rasmi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada info mengenainya.

BANTUAN LAIN BELANJAWAN SELANGOR 2022

Ketika pembentangan belanjawan Negeri Selangor 2022, ketua Menteri Besar iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, jumlah keseluruhan belanjawan 2022 bagi negeri itu adalah sebanyak RM2.34 bilion. 

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.2 bilion atau 52 peratus diperuntukkan bagi Perbelanjaan Mengurus, manakala RM1.1 bilion atau 48 peratus bagi Perbelanjaan Pembangunan. 

Daripada peruntukan tersebut, beberapa inisiatif / bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Selangor pada tahun hadapan antaranya adalah :

  1. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)
    • RM300 sebulan / RM3,600 setahun
  2. Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
    • RM100 baucar beli-belah pada bulan kelahiran
    • RM500 khairat kematian
  3. Iltizam Anak Selangor
    • RM100 setahun pembukaan sijil SSPN PRIME bagi anak yang baru lahir di negeri Selangor
  4. Bantuan Anak Yatim COVID-19
    • RM500 setiap anak
  5. Inisiatif Wanita Berdaya Selangor
    • Biasiswa RM200,000 setahun melibatkan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia, khusus untuk mereka di pelbagai peringkat kepimpinan dan lapangan.
Pihak kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan lain yang diumumkan ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2022 di artikel berikutnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button