Mohon Bantuan LZSPeduli Sebanyak RM600 One-Off
Khas untuk warga Selangor yang terjejas akibat musibah banjir yang melanda kediaman mereka.
Untuk makluman, Lembaga Zakat Selangor (LZSelangor) telah memperuntukkan satu bantuan kewangan secara one-off kepada mana-mana keluarga yang terjejas akibat musibah banjir yang melanda baru-baru ini. Ianya adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang terkesan.
Melalui bantuan ini, mana-mana keluarga yang terlibat akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 secara one-off bemula hari ini.
Ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lanjut.
BANTUAN BANJIR LZSPeduli
Bantuan ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terjejas akibat banjir baru-baru ini bagi menyantuni golongan berpendapatan rendah, fakir miskin, muallaf serta orang awam yang terjejas.
Mana-mana keluarga yang layak, mereka akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM600 untuk setiap rumah kediaman yang terkesan.
KADAR BANTUAN
Setiap isi keluarga yang terjejas akibat banjir ini akan menerima bantuan kewangan secara one-off sebanyak
- RM600
KELAYAKAN PENERIMA
Bantuan ini hanya akan diberikan kepada mereka yang :
- Individu beragama Islam
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin di Negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
KAEDAH PERMOHONAN
Terdapat dua kaedah mengikut kategori dalam membuat permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor ini, iaitu :
Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf
- Permohonan secara individu (ketua keluarga)
- Permohonan melalui : https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga 3
- Memuatnaik dokumen berikut : Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat
Bukan Asnaf, Miskin dan Muallaf
- Permohonan secara individu (ketua keluarga)
- Permohonan melalui : https://www.zakatselangor.com.my/lzspeduli/
- Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun
- Memuatnanik dokumen berikut : MyKad ketua keluarga, Nombor akaun bank dan laporan Polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.
TEMPOH PERMOHONAN
Sekiranya anda ingin memohon bantuan banjir ini, tempoh permohonan telah di BUKA bermula :
- 23 Disember hingga 30 Disember
KAEDAH BAYARAN BANTUAN
Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-
SEMAKAN PERMOHONAN
Sekiranya anda telahpun membuat permohonan, semakan status permohonan anda boleh dibuat melalui sistem eZakatONLINE iaitu
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai maklumat lanjur Bantuan Banjir Zakat Selangor (LZSPeduli) ini, anda boleh menghubungi Talian Zakat Selangor :
HOTLINE : 1-300-88-4343.