BANTUAN

Bantuan Khas Sehingga RM700 Tanpa Perlu Membuat Permohonan

Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia tidak kira dari segi ekonomi mahupun kesihatan. 

Namun, tahukah anda terdapat satu bantuan dimana anda boleh menebus bantuan kewangan tersebut tanpa membuat sebarang permohonan sekiranya anda menghidap sebarang penyakit?

Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lancut maklumat mengenainya.

MySALAM

Melalui skim bantuan ini, kerajaan telah menyediakan perlindungan takaful percuma kepada 3.69 juta penerima yang berumur diantara 18 sehingga 55 tahun beserta pasangan.

Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.  

KADAR BANTUAN

Manfaat dan kadar yang bakal diterima bagi individu yang berkelayakan adalah seperti :

  • Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan
  • Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar 
    • RM50/hari atau RM700 setahun.
Join Channel Telegram Rasmi Kami Dengan Meng-klik pautan di bawah :

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat yang telah di tetapkan bagi setiap permohonan iaitu :

  1. Penerima bantuan Bantuan Sara Hidup
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun, dan pasangan
  3. Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
  4. OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
Manfaat bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari bagi pesakit yang kritikal.

SEMAKAN MySALAM

Sebelum melakukan sebarang penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan anda. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Sila layari web rasmi MySalam iaitu : 
    https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan ‘No Kad Pengenalan
  3. Klik ‘ Semak
  4. Paparan mengenai status kelayakan anda akan dipaparkan

CARA MOHON DAN MEMBUAT TUNTUTAN

Untuk pengetahuan anda, tiada sebarang permohonan bagi mendapatkan bantuan ini. Kelayakan secara automatik sekiranya anda diantara :

  • Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam
    • Nota : Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya skim perlindungan mySalam diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mulai tahun 2022.

      Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak untuk menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

      MAKLUMAT LANJUT

      Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan ingin ketahui lebih lanjut mengenai skim MySalam ini, anda boleh berhubung melalui :

      Telefon : 1-300-88-8938

      Related Articles

      One Comment

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Back to top button