Bantuan Wang Ihsan Sebanyak RM1000
Kita sedia maklum, beberapa kawasan di beberapa negeri ketika ini telah dilanda banjir yang teruk sehinggakan ramai orang awam terjejas dimana kebanyakan tempat tinggal mereka dinaiki air.
Sehingga kini, lebih 15,000 orang yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang melibatkan 6 negeri iaitu, 45 di Selangor, 84 di Pahang, 39 di Kelantan, 9 di Negeri Sembilan, 9 Melaka, dan 2 Terenganu.
Maka itu, dalam menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas akibat banjir, Kerajaan telah bersetuju menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.
Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.
INTIPATI BANTUAN BANJIR
Dalam sidang media Perdana Menteri pada hari kelmarin mengenai perkembangan dan Bantuan Mangsa Banjir bagi beberapa negeri yang terjejas akibat banjir, beberapa intipati bantuan telah diumumkan oleh beliau, antranya adalah :
Bantuan Wang Ihsan
- Setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir akan menerima sumbangan sebanyak RM1000.
Bantuan Lain
- Cuti kecemasan akan diberikan kepada penjawat awam yang terjejas akibat banjir bermula :
- 20 Disember 2021
- Sumbangan secara geran padanan dari GLC dengan pihak Kerajaan berjumlah RM40 juta bagi membantu mangsa banjir.
- Majikan swasta disaran memberi cuti tanpa potongan gaji kepada pekerja yang terjejas.
- Pasukan Kementerian Kesihatan akan ditempatkan disetiap Pusat Pemindahan Sementara
Bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada mangsa banjir, GLIC dan GLC juga turut bekerjasama dengan kerajaan dalam menyediakan geran padanan untuk membantu mangsa-mangsa banji dalam membuat bayaran balik khususnya untuk negeri-negeri yang terjejas teruk.
Bersama-sama kita berdoa agar negara kita dijauhkan daripada bencana alam dan diberikan keselamatan khusunya untuk negeri-negeri yang terjejas akibat banjir yang melanda kini.