Tarikh Rasmi Bayaran BKC Fasa 3

Alhamdulillah!
Bantuan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia akhirnya kini terjawablah sudah mengenai tarikh rasmi bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi fasa ketiga.

Dengan jumlah keseluruhan seramai 3.8 juta penerima bagi kategori miskin tegar dan bependapatan rendah B40 bakal menerima bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang bermula Isnin ini. 

Dalam pelaksanaan bayaran fasa ketiga ini, sebanyak RM1.2 bilion telah diperuntukkan dimana setiap kategori akan menerima RM300 bagi individu yang layak.

Maka oleh itu, kali ini kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai semakan status kelayakan berserta jumlah bayaran yang akan diterima bagi individu yang layak.

BANTUAN KHAS COVID-19

Bantuan Khas Covid 19 (BKC) adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memberi bantuan (tunai) kepada rakyat berikutan Kerajaan terpaksa melanjutkan lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Jun lalu ekoran peningkatan kes Covid-19 ketika itu.

Inisiatif ini telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini ketika beliau memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Ianya bertujuan untuk memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini adalah :

  • Berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM) dengan klasifikasi seperti berikut :

KADAR BAYARAN BKC FASA 3

Bagi jumlah bayaran BKC fasa ketiga ini, individu yang berkelayakan akan menerima mengikut kadar kategori yang telah ditetapkan :

  • B40 : RM300
  • Miskin Tegar : RM300
Untuk lebih terperinci, sila rujuk jadual dibawah :
Join Channel Telegram Rasmi Kami Dengan Meng-klik pautan di bawah :

TARIKH BAYARAN BKC FASA 3

Sebentar tadi didalam ucapan Tan Sri Ismail Sabri Yaakob, bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC)bagi fasa ketiga ini akan mula dikreditkan secara berperingkat pada :

  • 20 Disember 2021 (ISNIN)

Dengan pembayaran ini, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion keseluruhan dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesesan akibat pandemik Covid-19″.

SEMAKAN BKC

Bagi anda yang ingin membuat semakan status BKC, berikut adalah cara untuk melakukannya :

Sila rujuk jadual dibawah untuk mengetahui kriteria semakan kelayakan bagi setiap kategori :

TERLUPA KATA LALUAN BKC

Bagi anda yang terlupa ataupun tidak dapat mengakses akaun BKC anda, berikut adalah cara untuk mendapatkan semula ID ataupun PASSWORD anda :

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian
    • Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
  2. Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah :
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan bagi mengetahui maklumat lanjut sila rujuk ke laman web rasmi BKC iaitu : https://bkc.hasil.gov.my atau
Hotline BKC  1-800-88-2747 

1 thought on “Tarikh Rasmi Bayaran BKC Fasa 3”

Leave a Comment