Permohonan Bazaar Ramadhan DBKL Telah Dibuka
Peluang dan berita baik untuk para peniaga!
Untuk makluman anda semua, peniaga yang ingin berniaga di Bazaar Ramadhan bagi tahun 2022 di kawasan Kuala Lumpur, permohonan lesen sementara Bazaar Ramadhan Aidilfitri 2022 kini telah dibuka.
Permohonan dibuka kepada semua peniaga yang berumur bermula 18 tahun dan ke atas. Permohonannya terhad dimana setiap pemohon hanya dibolehkan memohon satu petak / lot sahaja.
Tanpa membuang masa, ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut permohonan Bazaar Ramadhan DBKL bagi tahun 2022 nanti.
TEMPOH PERMOHONAN
Untuk anda yang ingin memohon tapak bazaar Ramadhan bagi tahun 2022 anjuran DBKL ini, permohonan boleh dibuat bemula :
- 1 Disember – 31 Disember
SYARAT PERMOHONAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam memohon tapak bazaar Ramadhan DBKL ini mengikut beberapa lokasi :
Bazaar Aidilfitri 2022 (Lorong TAR)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan
- Beragama Islam sahaja
- Mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih sah tempoh. (Lesen tidak aktif, telah dibatalkan atau disenarai hitam adalah tidak layak)
- Pemohon hanya boleh memohon satu petak/lot sahaja
Bazaar Ramadhan (TLK Taman Tasik Permaisuri)
- Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan
- Beragama Islam sahaja
- Permohonan adalah terbuka kepada semua orang
- Pemohon hanya boleh memohon satu petak/lot sahaja
KAEDAH PERMOHONAN
Bagi peniaga yang berminat untuk memohon tapak niaga bazaar Ramadhan DBKL ini pada tahun hadapan, permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan ini :
✔ https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar/
Jangan lupa untuk sertakan sekali dokumen penting dalam membuat permohonan dengan memuat turun dokumen seperti :
- Salinan kad pengenalan berwarna (imej hadapan dan belakang)
✔ BORANG PERMOHONAN BAZAAR DBKL
Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar melalui penganjur dan dihantar ke kotak serahan (dropbox) Bazaar Ramadhan / Aidilfitri, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) di Lobi Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut.
4 PERSATUAN LANTIKAN DBKL
Untuk makluman, terdapat empat persatuan yang telah dilantik oleh DBKL iaitu :
Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPKMWP)
Yang Di Pertua: Y.Bhg Datuk Muhammad bin Abdullah
No Telefon: 011-12386635/019-7993434
Emel: gpppkmm@gmail.com
Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PPMKL)
Presiden: Tuan Hj. Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim
No. Telefon: 019-2510880
Emel: dnidna1618@gmail.com
Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPBWPKL)
Presiden: Y.Bhg Datuk Seri Rosli bin Sulaiman
No. Telefon: 03-26040040/019-2344477
Emel: pppbwpkl@yahoo.com
Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP)
Yang Di Pertua: Encik Mithlan Bin Samijoo
No. Telefon: 03-26932805/012-9146848/012-6651028
Emel: pppbwilayahpersekutuan@gmail.com
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Bazaar Ramadhan/Aidilfitri 2022 ini, anda boleh menghubungi :
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan
Tel : 03-2028 2536/2537/2538/2541
Semoga permohonan anda dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.