BANTUAN

Bantuan Kewangan Berjumlah RM300 Untuk Anda Disember Ini

Berita baik untuk anda yang berkelayakan!
Untuk makluman semua, pada bulan Disember ini penerima yang berkelayakan akan mendapat bantuan kewangan secara tunai sebanyak RM300.

Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk menyantuni mereka yang terjejas pendapatannya berikutan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) pada Jun lalu.

Nak tahu bantuan apa yang kami maksudkan? Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS COVID19 (BKC)

Bekas Perdana Menteri sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memperkenalkan pakej bantuan PEMULIH mengumumkan, bantuan kewangan maksimum RM1300 akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan.

Beliau berkata, pemberian ini diberikan kerana ianya selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin kepada rakyat agar mereka yang terjejas dapat meneruskan hidup dengan selesa dan sempurna.

Tambahnya lagi, pelaksanaan Bantuan Khas Covid 19 (BKC) ini akan melalui tiga fasa bayaran dan akan dikreditkan ke akaun penerima secara automatik mengikut data sedia ada dalam pangkalan BPR.

KADAR BAYARAN

Untuk makluman, bayaran BKC ini telahpun melalui dua fasa bayaran mengikut kategori dimana bayaran fasa kedua telahpun dikreditkan pada November lalu pada kadar mengikut kategori seperti berikut :

Isi Rumah (miskin tegar) 
  • RM500 (November) – Telah dikreditkan
Bujang (miskin tegar) 
  • RM300 (November) – Telah dikreditkan
Bagi bayaran fasa ketiga pada bulan Disember ini, penerima yang layak akan menerima bayaran mengikut kategori sebanyak :

  • Isi Rumah (miskin tegar) 
    • RM300 (Disember)

  • Isi Rumah (B40)
    • RM300 (Disember)
Nota : Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bayaran BKC fasa ketiga ini tiada lagi dimaklumkan, pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman mengenainya dari semasa ke semasa.

SEMAKAN BKC

Bagi anda yang ingin membuat semakan mengenai status BKC, berikut adalah cara untuk melakukannya :

Mari Join Channel Telegram Rasmi Kami Dengan Meng-klik pautan di bawah :

KELAYAKAN PENERIMA BKC

Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :

  • Isi Rumah & Warga Emas Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
  • Bujang Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

    Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC ini, anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :

    • Miskin Tegar :

    Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.

      Nota :  Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.

      Related Articles

      47 Comments

      1. Bujang : Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.?
        Mana ada dh utk B40 bujang, cuma 2 kategori je iaitu ;
        Miskin tegar
        B40(isi rumah).
        Jgn bg info yg yg mengelirukan org ramai cmni. Check btul2 dlu lah sblm nk up content tuh…

      2. untok gulongan warga mas yang tiada pendapatan dan tidak berkerja bagaimana pula..kerajaan menghadkan umur 60 tahun saja bolih berkerja..melebeh 60 tahun tidak diterima berkerja..dalam swasta mahu pon dalam kerajaan..apa bantuan yang bolih mereka dapat.

      3. Kalau nak kasi bantuan…kasilah betul betul…ni nak pilih Pulok….ingat semua rakyat Malaysia ni senangkan… kalau senang … semua tak mintak punya…Hok bujang pun sana jugak …dari dulu sampai sekarang… setakat fasa 2 je…. kalau kerajaan nak tolong rakyat..biar sama rayalah…ingat orang tak ada tali perok ke…

      4. Saya daftar SSM tidak ada mimpi untuk mendapatkan bkc walaupun pernah mendapat brim dan bpn suatu waktu dahulu
        Zaman Datuk sri Najib Razak
        Dan juga zaman ph memerintah zaman Lim Guan eng pun saya dapat

      5. Saya adalah warga emas sebelum pkp pendapatan saya dibawah garis kemiskinan dalam pkp ini saya tidak ada kerja jadi saya nak tahu di dalam ketegori mana saya ini?

      6. Ini pembohong oleh kerajaan,fasa satu dapat,fasa dua tak dapat,kalau nak bagi semua la baru adil,kami pon susah juga,kalau tak tak payah bagi semua,ni rakyat yg susah empat lima kali pergi bank cek kot kot duit dah masok,last last habok pon tak ada…nao sedap kan hati raktat,apa cerita ni,tunggu pru nanti bungkus la kerajaan sekarang.orang susah pon tak dapat.

      7. fasa 1 2 mejoriti dah dapat semua la ..itu mesti ada silap teknikal mana2 tu.tapi jngn risau pasti dapat.itu lah kena semak selalu laman web rasmi kerajaan selalu.jngn ikut cakap orang atau semak tempat yang salah bukan hak rasmikerajaan punya portal..pakat jadi sasau abis lah…

      8. Ni smua kencing rakyat je… Abis basah kpala rakyat tnggu bntuan bkc fasa 2 bln nov.. Rmai mngeluh xdpt, yg plik fasa 1 aritu rm200 dpt xkn la fasa 2 ni tba2 trus xlayak kn..

      9. Untuk gulongan warga mas yang tiada pendapatan dan tidak berkerja bagaimana pula..kerajaan menghadkan umur 60 tahun saja bolih berkerja..melebeh 60 tahun tidak diterima berkerja..dalam swasta mahu pon dalam kerajaan..apa bantuan yang bolih mereka dapat.

      10. DIA ORG KUTIP DATA DRP MANA, NTAH AKU PUN TAK TAHU…..bila dah jd BKC… Aku di masuk dlm ketogori "miskin nk mampuh"…layak dpt terima rm200 fasa 1 shj………..(alhamdulillah syukur dpt jugak kan!)….

      11. Aku tak nak cakp banyak cuma nak bagi tahu baik abah belaka yang skrng cakp saja buat tak pn.. aku sapa skrng xkerja hari aku kerja gaji rm800 je sebulan.. skrng aku xada kerja minta kerja pn xblh dh.. aku jadi gila skrng main dngn orng kerajaan dan menteri cakp saja je.. duit pn bkc pn xmsak lg 9rng kerajaan xpe la klu tak kerja duit mask yang orng kmpng ni mcm mne yang tak kerja mne ni… Yang miskin mcm mne aku nk mkn pn tak mne kalau xkerja kmpng xblh mkn kmpng pn blh rm25 rm30 sehari mcm mne kalau tak kerja mcmn nk mkn mak ayah aku lg adk beradk lg.. tak fikir ke kau orang kmpng yang susa.. sbb rama orng kmpng n atau rakyat yang bunuh diri sbb xada duit ni baca bayar hutang bayar benda yang lain dan beli barang-barang dapur.. kalau dh xada kerja mcm aku ni kerja mcm xkerja je.. duit xada mne kalau dh janji tu tunaikan tak cakp saja.. sbb aku xsuka dngn menteri sekarang baik menteri Abah jauh janji tunaikan tak buat buat tunggu dan fikir bila lg duit nk masuk duit bkc tu….

      12. Menteri sekarang tak senonoh kau boleh la duit banyak rakyat ni yg susah ni kau abai kan sedang kan kwsp yg duit rakyat pun kau sekat dah duit rakyat biar la rakyat nk kuar kan bila lagi nk guna duit sediri nk tunggu 55tahun baru boleh kuar kan tu pun kalau umur panjang kalau tak duit tu langsung tak merasa duit rakyat dia org pulak nak tentu kan dia boleh ckp tu la ini la biar senang dia org atas nk guna untuk ke penting dia org sebelum ni nyaris duit kwsp rakyat hilang ni biar la rakyat nk guna duit titik peluh mereka nk disekat buat apa lg tegah covid ni mana lg nk dpt duit untuk bantu pulih kan ekonomi mereka nk harap kan bantuan kerajaan jgn mimpi la kerajaan pun berhutang..

      13. Bantuan bkc,,,bpn dan ape2 bantuan K.O yg laen skang ini sangat tidak adil bgi sesetengah ketegori penerima nya .
        Amat jelas kelihaatan ketidak adilan yg d berikan.
        Anda semua boleh lihat sendiri didalam ketegori BUjang dan WARGA EMAs..!!
        Amat jauh perbezaan jumlah bantuan yg mereka dapat..
        Satu soalan ajer i nk tya dkt ruangan coment ini
        …." Menteri kewangan sekarang tidak memandang serius akan masalah yg d hadapi gol bujang n warga emas. Setelah apa yg trjadi dlm masalah bantuan yg d berikan,,jelas kelihatan menteri terlibat agak tidak cakna akan gol bujang n warga ems.

      14. Kami pelapis pemuda sabah atau pun yg akan undi nanti..jujur kami tidak suka dengan kerajaan skg.. cakap sahaja tapi apa pun tidak nampak atau dapat..seperti BKC Nov lalu sesen pun tidak ada kami dapat.. kalau kami bohong silakan chek ke BNM yg menerima bantuan(BKC) pada bulan Nov.. tukar tetap tukar(kami ada Hak utk rakyat Sabah)…

      Leave a Reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Back to top button