Tidak dinafikan, penggunaan aplikasi media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Youtube ketika ini telah menjadi trending buat semua lapisan masyarakat diseluruh dunia untuk tujuan hiburan dan berkomunikasi.
Sesuai dengan peredaran zaman ketika ini, Whatsapp menjadi salah satu aplikasi bagi pesanan ringkas yang popular bagi memudahkan penggunanya berkomunikasi secara percuma. Berbeza sebelum ini, khidmat pesanan ringkas adalah berbayar bagi setiap pesanan yang dihantar.
Whatsapp yang ditubuhkan oleh Jan Koum dan Brian Acton pada tahun 2009 untuk versi pertamanya. Aplikasi ini ini membolehkan penghantaran mesej teks dan panggilan suara, serta panggilan video, imej dan media lain, dokumen, dan lokasi pengguna.
Namun, kita sendiri sedia maklum bahawa setiap kemudahan yang kita gunakan pasti akan ada risikonya. Sebagai contoh, banyak perkongsian yang dibuat di Facebook, banyak kes penipuan (scam) melalui aplikasi Whatsapp ini. Sedangkan keluarga admin sendiri pun pernah menjadi mangsa. Perkara ini berlaku apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba dan boleh menggodam (Hack/Hijack) akaun personal kita.
Pelbagai cara dan kaedah dikongsikan yang kita boleh ambil sebagai rujukan untuk mengelakkan daripada akaun kita di godam (hack). Tapi, admin berminat untuk mengongsikan kaedah yang pernah viral sebelum ini melalui perkongsian seorang pegawai Polis Daerah Taiping. Ianya sungguh mudah untuk difahami dan dilakukan.
Ikuti perkongsian dibawah, bagaimana caranya untuk membuat tetapan Whatsapp anda agar tidak mudah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
LANGKAH-LANGKAHNYA
1. Pergi ke aplikasi Whatsapp di telefon anda kemudian . Tekan “titik tiga(3) ” di kanan sebelah atas.