BANTUAN

Bantuan Kewangan Yayasan Pengajian Mara

Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan untuk rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini. 

Buktinya, pelbagai jenis bantuan yang telah diberikan untuk kita yang meliputi beberapa sektor seperti, pendidikan, kesihatan, perniagaan dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Oktober lalu ketika pembentangan Belanjawan 2022, dana yang sediakan bagi pelaksanaannya merupakan jumlah yang terbesar dalam sejarah belanjawan. 

Namun, mungkin anda terlupa ataupun belum mengetahui bantuan yang boleh anda mohon sekiranya anda ataupun anak anda yang masih melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi. Oleh itu, kali ini kami ingin kongsikan apakah jenis bantuan yang dimaksudkan dan bagaimana cara untuk membuat permohonan. Ikuti perkongsian di bawah.

SKIM DANA EHSAN PENDIDIKAN (SDEP)

Untuk pengetahuan anda, Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDPE) merupakan skim yang telah disediakan oleh Yayasan Pengajian Mara (YPM). Ianya bertujuan diwujudkan adalah untuk menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewa ngan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Pelaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

OBJEKTIF UTAMA SDEP

Beberapa objektif dalam pelaksanaan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDPE), antaranya :

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul

FAEDAH SDEP

Terdapat dua jenis faedah yang boleh pemohon dapatkan antaranya :

  • Kumpulan Sasaran
    • Penyelesaian yuran tertunggak
    • Mengelakkan “dropouts” dikalangan pelajar IPT
    • Meringankan beban kos pengajian
  • Penyumbang
    • Memperolehi tolakan cukai pendapatan
    • Menunaikan tanggungjawab sosial kepada komuniti
    • Mempromosi syarikat penyumpang
    • Amal jariah

KELAYAKAN DAN SYARAT PERMOHONAN

  • Bumiputera warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

PERMOHONAN DAN KELULUSAN

Sebarang permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang terlebih dahulu. Anda boleh dapatkan borang permohonan dengan memuat turun borang di pautan berikut :

✔ MUAT TURUN BORANG SDEP

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button