Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang memperuntukkan RM20 bilion merupakan satu lagi program yang telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia lalu iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Untuk makluman anda, KerjayaGig PERKESO ini adalah kesinambungan daripada insentif Pengambila Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerja 2.0 untuk individu yang mengambil pekerja jangka pendek sehingga memperoleh pekerja sepenuh masa.
Untuk makluman anda, program ini bakal berakhir permohonanya pada 31 Disember ini. Jadi, diminta supaya anda mengambil kesempatan yang telah disediakan ini. Maka kali ini, kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci mengenainya.
KERJAYAGIG PERKESO
Pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO akan menerima insentif sebanyak RM600 sebulan yang disediakan melalui program KerjayaGig. Insentif ini bakal berlanjutan sehingga tempoh maksimum 6 bulan.
Insentif ini bertujuan untuk membantu pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas pendapatannya disebabkan penularan wabak Covid-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun mereka yang telah kehilangan pekerjaan.
Untuk makluman, insentif ini adalah bagi pengambilan pekerja yang bermula pada 18 Mac lalu lagi.
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan bagi individu yang bekerja sendiri, antaranya adalah :
- Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
- Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan telah diberhentikan kerja
- Pencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)
- Berumur diantara 18-60 tahun
KADAR BAYARAN
- RM600 sebulan sehingga tamat tempoh 6 bulan kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.
- Insentif berjumlah RM200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar di bawah PERKESO.
TARIKH PERMOHONAN
Kepada anda yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan, tarikh untuk anda memohon telahpun dilanjutkan bermula :
- Tarikh buka : 15 Julai 2021
- Tarikh akhir : 31 Disember 2021
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Terdapat dua Kategori yang boleh anda pohon melalui Program KerjayaGig ini iaitu :
- Kategori : Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)
- Kategori : Orang Bekerja Sendiri (OBS)
- Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
- Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
- Sebarang permohonan hendaklah di hantar melalui sistem PenjanaKerjaya
- Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja
- Majikan akan terima pembayaran dalam masa 30 hari
- OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan
- OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan
- OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya bagi menerima bayaran
- OBS hendaklah menghantar permohonan secara bulanan melalui sistem PenjanaKerjaya iaitu : https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/
- OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Berikut adalah senarai dokumen penting yang diperlukan dalam setiap permohonan :
- Borang pengesahan pekerjaan yang telah ditandatangani oleh individu bekerja sendiri
- Maklumat akaun bank individu yang bekerja sendiri
- Dokumen yang berkaitan berserta bukti yang telah dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
- Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru saja diambil.