BKC Fasa 3 : Semakan Dan Jumlah Bayaran Disember
Kini kita berada di pertengahan Disember. Beberapa bantuan kewangan yang telah di laksanakan dalam menyokong kehidupan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan yang terbaru adalah Bayaran GKP 4.0 dan bayaran BKC fasa kedua telah dilaksanakan pada November lalu.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan bayaran bagi BKC akan melalui 3 fasa di mana 2 fasa telahpun dilaksanakan dan fasa terakhir akan dilaksanakan pada bulan ini Disember.
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda mengenai tarikh bayaran dan kadar jumlah bayaran bagi BKC fasa ketiga ini.
BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.
Untuk pengetahuan anda, bermula 6 September lalu, pengkreditan bayaran BKC Fasa 1 telah mula dilaksanakan secara berperingkat ke akaun penerima yang layak.
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BKC
Bagi anda yang ingin membuat semakan mengenai status BKC, berikut adalah cara untuk melakukannya :
- Sila ke web rasmi BPR di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
TARIKH BAYARAN BKC FASA 3
Menerusi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini, bayaran bagi fasa ketiga akan dilaksanakan pada :
- Fasa 3 : Disember 2021
KADAR BAYARAN BKC FASA 3
RM500 (Ogos)– Telah dikreditkanRM500 (November)– Telah dikreditkan- RM300 (Disember)
RM200 (Ogos)– Telah dikreditkanRM300 (November)– Telah dikreditkan
- Disember
KELAYAKAN PENERIMA BKC
Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :
- Isi Rumah & Warga Emas : Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Bujang : Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC ini, anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :
- Miskin Tegar :
Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.
Nota : Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.