Adakah anda diantara penerima yang layak menerima bantuan seperti Geran Khas Prihatin 4.0? Untuk pengetahuan anda, pada September lalu bayaran GKP 4.0 Fasa 1 telah mula dilaksanakan secara berperingkat ke akaun penerima sebanyak RM500 dan terkini bayaran GKP bagi fasa kedua telah mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat bermula 23 November baru-baru ini.
Namun, ada di antara penerima yang layak akan tetapi bayaran pada Fasa kedua yang GAGAL KREDIT diminta untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank bagi memudahkan urusan pembayaran akan datang kerana tempoh untuk mengemaskini telah di BUKA!
Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda bagaimana cara untuk membuat kemaskini akaun bank anda . Sebelum itu, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 ini.
GERAN KHAS PRIHATIN 4.0
Dalam membantu khususnya para peniaga PKS Mikro yang terjejas pendapatan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, Kerajaan sedia ada terus komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas melalui pelaksanaan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP).
Dalam pelaksanaan Geran Khas Prihatin ini, secara keseluruhan Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit. Terkini melalui PEMERKASA Tambahan pula, penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak RM1000 kira-kira dua minggu lepas, dan telah menerima bayaran RM500 lagi pada pertengahan bulan Julai lalu.
Atas dasar prihatin Kerajaan terhadap rakyat Malaysia Khususnya buat peniaga kecil, bantuan program GKP ini di teruskan lagi dengan tambahan secara tunai dibawah Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang akan memanfaatkan kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro.
TARIKH KEMASKINI
Penerima GKP 4.0 bagi bayaran Fasa Kedua yang berstatus GAGAL KREDIT, anda diminta untuk membuat kemaskini maklumat akaun bank bermula :
- 6 Disember hingga 20 Oktober 2021
- GKP PERMAI
- GKP PEMERKASA+
- GKP 3.0
- GKP 4.0
KEMASKINI AKAUN BANK GKP
Sekirany anda ingin membuat kemaskini maklumat akaun bank, berikut kami kongsikan bagaimana cara-cara untuk melakukannya :
- Sila ke portal rasmi GKP iaitu : https://gkp.hasil.gov.my/
- Sila klik ‘Log Masuk‘
- Masukkan ID PENGGUNA dan klik ‘SEMAK‘
- Pautan mengenai kata kunci akan dipaparkan. Sila sahkan dan klik ‘YA‘
- Masukkan kata laluan sekali lagi dan ‘Log Masuk‘
- Sila ke ‘Menu Kemas Kini Akaun Bank‘
- Masukkan nombor akaun bank terkini yang aktif
TARIKH BAYARAN
Bayaran GKP 4.0 ini akan mula dikreditkan ke akaun penerima dan akan melalui 2 fasa iaitu pada :
- Fasa 1 : RM500
–21 September 2021(Telah Dikreditkan) - Fasa 2 : RM500
– 29 November 2021
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi :
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
Amirul b Azmam
In
Saye punye da lulus dan berjaya di kreditkn tp sye cek x adepun kt bank
Ye saye pun cek dlm hp lulus.. Skali gbank takde pn msok