Tarikh Bayaran Bantuan JKM Bulanan Disember Di Awalkan

November lalu ketika pembentangan Belanjawan 2021, beberapa jenis bantuan akan dan telah dinaik taraf khususnya untuk rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Antara bantuan yang menjadi tumpuan orang ramai adalah, Kerajaan sedia ada telah bersetuju untuk menambah baik kebajikan bagi golongan rentan (Kumpulan Mudah Jatuh Sakit) dari segi kadar bantuan akan dinaikkan sehingga RM1,000 berbanding sebelum ini.

Ikuti perkongsian dibawah bagi mengetahui maklumat terperinci berserta tarikh bayaran bagi bulan Disember nanti.

BANTUAN SEHINGGA RM1000

Untuk makluman, bantuan yang pihak kami maksudkan ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut kategori yang ada. 

Berikut adalah senarai kategori bantuan mengikut kadar lama dan kadar baru yang boleh anda mohon dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat :

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    Kadar Lama : RM100 – RM400
    Kadar Baru : RM150 – RM1000
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    Kadar Lama : RM400
    Kadar Baru : RM450
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
    Kadar Lama : RM350
    Kadar Baru : RM500
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    Kadar Lama : RM200 – RM500
    Kadar Baru : RM250 – RM500
  • Bantuan Am Persekutuan (BA)
    Kadar Lama : RM100 – RM350
    Kadar Baru : RM100 – RM350
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    Kadar Lama : RM250
    Kadar Baru : RM300
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    Kadar Lama : RM200
    Kadar Baru : RM200

TARIKH BAYARAN DISEMBER & JANUARI 2022

Melalui kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan, bayaran bagi bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diawalkan pembayarannya yang bermula pada :

  • 25 November – 30 November 2021
Manakala bayaran bagi Januari 2022, ianya akan dilaksanakan mengikut tarikh asal yang telah ditetapkan iaitu di antara :
  • 1 Januari – 10 Januari 2022

CARA MOHON BANTUAN

Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Sekiranya anda telah membuat permohonan dan telahpun menghantar permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda boleh dilakukan melalui portal rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
    http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Leave a Comment