MYFutureJobs : Pendaftaran Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia
Khas untuk anda yang masih mencari pekerjaan. Sila maklumkan kepada saudara mara, kawan-kawan yang masih menganggur di mana, PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempelawa orang ramai untuk sertai Karnival Kerjaya MyFutureJobs Keluarga Malaysia yang akan dilaksanakan secara fizikal.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai karnival yang dianjurkan oleh PERKESO ini, anda boleh membuat pra-pendaftaran melalui pautan yang disediakan bagi melancarkan proses pendaftaran temuduga dan langkah-langkah awal SOP dapat dijalankan dengan lancar.
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan maklumat terperinci mengenai panduan pendaftaran bagi jawatan yang disediakan melalui karnival PERKESO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini.
MAKLUMAT KARNIVAL
Berikut adalah maklumat mengenai karnival yang bakal dijalankan nanti :
- Program : Karnival MyFutureJobs Keluarga Malaysia
- Tarikh : 4 Disember 2021
- Masa : 9 pagi – 4 petang
- Jumlah Kekosongan : 2735 kekosongan ditawarkan
- Jumlah Majikan : 21 Majikan (Pelbagai sektor)
- Lokasi : Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat kelayakan :
Bagi melayakkan anda menerima bantuan ini, anda perlulah :
ELAUN SIP PRIHATIN 2.0
Berita baik untuk anda sekiranya anda menghadiri temuduga MYFutureJobs ini.
Sekiranya anda telah berdaftar melalui platform MYFutueJobs bagi tujuan untuk mencari pekerjaan, anda akan menerima elaun sebanyak :
✔ RM300 (untuk tempoh 2 bulan)
Sekiranya pencari kerja kembali bekerja dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan dan menghadiri sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Kerja, anda akan terima :
✔ RM400 (one-off)
21 MAJIKAN TERLIBAT
Sebanyak 21 majikan daripada pelbagai sektor akan terlibat dalam menjayakan karnival ini.
7235 KEKOSONGAN
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, sebanyak 7235 kekosongan jawatan yang anda boleh mohon melalui karnival ini. Sila rujuk gambar dibawah :
PENDAFTARAN KARNIVAL KERJAYA KELUARGA MALAYSIA
Sekiranya anda berminat untuk daftar dan memohon, anda disarankan untuk mengimbas kod QR di poster atau anda juga boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan berikut :
[Pra-Pendaftaran Karnival Kerjaya MYFutureJobs Keluarga Malaysia ##eye##]
PERINGATAN! Pastikan anda telah dilengkapi vaksin sekiranya ingin menyertai karnival ini.
Belum diterima