Kelmarin 24 November, menerusi Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun 2022 akan dipermudahkan prosesnya bagi menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
Sebelum ini, pihak kami ada kongsikan maklumat ringkas mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, berikut akan dikongsikan maklumat penting yang perlu anda ketahui mengenainya.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.
TARIKH PEMBAYARAN BKM
- MELALUI 4 FASA
- HUJUNG FEBRUARI / MARCH 2022
PENERIMA GKP YANG GAGAL
Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan / gagal permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
SYARAT KELAYAKAN BKM
Kelayakan bagi mendapatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, penerima mestilah memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
- Isi Rumah
i) Kahwin
ii) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah. - Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
i) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
PERMOHONAN BKM
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada REKOD dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM
Seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh LHDNM, tempoh pengemaskinian maklumat ataupun permohonan baharu BKM ini boleh dibuat bermula :
- 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022
KADAR BAYARAN BKM
Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :
BAYARAN TAMBAHAN BKM
Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Nota : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.
KAEDAH BAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilakukan dengan kaedah sama seperti bayaran BPR / BKC sebelum ini iaitu status seperti :
Berjaya Kredit :
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Hai abg nak cari perempuan boleh berkenalan watsap abg 0298265903
Ye
Ya bole jew
Anjaiii
Wassap 0173446356