Ketika ini kecoh mengenai agar pengeluaran i-Citra KWSP dinaikkan sehingga RM10 ribu. Apa yang dapat di lihat melalui media sosial, kebanyakan ahli KWSP meminta had pengeluaran itu dinaikkan serta merta sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ekonomi mereka di kala pandemik Covid-19 kini melanda negara.
Namun, pihak KWSP tiada maklum balas mengenainya bahkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 Oktober lalu, Tengku Zafrul didalam pengumumannya tiada menyentuh isu berkenaan.
Terkini, ketika Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 pada Selasa lalu, pengerusi KWSP iaitu Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, KWSP bakal memperkenalkan dan melancarkan dua kemudahan baru khas untuk ahli KWSP iaitu Skim i-Sayang dan i-Lindung pada tahun hadapan.
i-Sayang KWSP
Objektif utama skim ini dilancarkan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.
Menurut Pengerusi KWSP itu, melalui kemudahan i-Sayang ini ianya akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akan isteri.
i-Lindung KWSP
Bagi kemudahan skin i-Lindung pula, ahli KWSP dibenarkan untuk membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi pembelian insurans hayat penyakit kritikal melalui platform KWSP.
TARIKH PELAKSANAAN DAN PERMOHONAN
Buat masa ini, tiada lagi makluman rasmi mengenainya. Pihak kami akan maklumkan kepada anda sekiranya telah menerima makluman rasmi mengenainya dari masa ke semasa. Harap anda tenang dan bersabar.
Lancar i sayang lah i lindung lah ni i citra 10k mcm mna jgn nk lindung2 lg itu duit kami kau faham ke x org tgah susah ni cuba duit kau aku buat mcm kau buat ni nk BG ade duit hari tua konon ckp lah duit tu dah x ada silap2 bila tua x sempat rasa duit tu dah masuk kubur