SPP : Bantuan Sehingga RM60,000 Untuk Anda Miliki Rumah Sendiri

judul gambar

Skim Pinjaman Perumahan (SPP) merupakan salah satu agensi kerajaan yang diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.

Sekiranya anda sudah memiliki tanah atau ahli keluarga terdekat yang memiliki tanah sendiri, anda layak untuk membuat permohonan bagi menerima bantuan sebanyak RM60,000 melalui Skim Pinjaman Perumahan (SPP) ini.

judul gambar

Untuk maklumat lanjut mengenainya, ikuti perkongsian di bawah.

SKIM PINJAMAN PERUMAHAN (SPP)

SPP diuruskan melalui akaun tabung amanah yang dikenalai sebaai Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan Bagi Golongan Berpendapatan Rendah. 

Ianya adalah salah satu usaha Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini dapat memiliki rumah idaman mereka.

SYARAT-SYARAT SKIM PINJAMAN PERUMAHAN

Syarat kelayakan bagi permohonan ianya terbahagi kepada beberapa syarat yang perlu anda penuhi.Sekiranya anda ingin membuat permohonan, pastikan anda memiliki kriteria syarat kelayakan seperti dibawah :

Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
Berumur 21 – 70 tahun
Bekerja dan mempunyai pendapatan
Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah
Jumlah pendapatan kasar isi umah di antara RM1,000 sehingga RM3,000 sebulan
Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat

SYARAT PINJAMAN

Syarat pinjaman bagi permohonan Skim Pinjaman Perumahan ini adalah :

 Had Pinjaman Maksimum RM60,000.00 (tidak termasuk perlindungan insuran)
 Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
 Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
✔ Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina

SYARAT PINJAMAN GENERASI KEDUA

Bagi syarat pinjaman generisi kedua pula ianya terdiri daripada :

Pemohon berumur 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua mestilah berumur antara 21 – 35 tahun
Pendapatan bulanan minimum RM1,000 (bukan kakitangan kerajaan)
Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
Generasi kedua hendaklah anak kandung pemohon

SYARAT CAGARAN TANAH

Mencagar tanah milik peminjam atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah. Bagi nilai tanah pula hendaklah berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.

Bagi tanah milikan secara pajakan, syarat yang perlu anda penuhi adalah :

Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun
Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

SYARAT PEMBINAAN RUMAH

Ciri-ciri rumah sekiranya permohonan anda telah diluluskan adalah seperti berikut : 

✔ Rumah kos rendah
Keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi
Sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

Bagi syarat pembinaan rumah pula adalah seperti berikut :

✔ Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
✔ Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
✔ Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
✔ Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-   
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

PERMOHONAN SPP

Sekiranya anda menepati dengan kriteria yang dinyatakan seperti diatas dan ingin membuat permohonan, anda dikehendaki untuk mengisi borang permohonan SPP anda. [Klik Sini Muaturun Borang SPP ##download##]

Pastikan anda mengisi borang permohonan dengan betul dan tepat. Borang yang telah siap di isi hendaklah dihantar ke alamat yang tertera di muka hadapan borang permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Skim Pinjaman Perumahan ini, anda boleh merujuk kepada :

Maklumat Perhubungan

Bahagian Pengurusan Perumahan
Cawangan Pembiayaan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 30, No 51, Persiaran Perdana, Presint 4
62100 Putrajaya
MALAYSIA

Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
Faks: 03-8891 4269
Emel: spp@kpkt.gov.my

Leave a Comment