BKC FASA 2 : Tarikh Rasmi Bayaran & Semakan Status Kelayakan
Beberapa bantuan kewangan yang telah di laksanakan dalam menyokong kehidupan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 seperti, Bantuan Kehilangan Pendapatan, bayaran rayuan BPR Tambahan dan juga pengeluaran i-Citra.
Bukan itu sahaja, pada hujung Oktober lalu menerusi pembentangan Belanjawan 2022 yang telah berlangsung, pelbagai inisiatif dan bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 akan datang. Ini menunjukkan, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjaga dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
Terkini, berita baik untuk anda yang tertanya-tanya bilakah bayaran Bantuan Khas Covid-19 fasa kedua bakal dilaksanakan? Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)
Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.
Untuk pengetahuan anda, bermula 6 September lalu, pengkreditan bayaran BKC Fasa 1 telah mula dilaksanakan secara berperingkat ke akaun penerima yang layak.
CARA MEMBUAT SEMAKAN BAYARAN BKC
Bagi anda yang ingin membuat semakan mengenai status BKC, berikut adalah cara untuk melakukannya :
- Sila ke web rasmi BPR di https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?
- Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan
- Rujuk bahagian menu semakan untuk melihat status pembayaran.
TARIKH BAYARAN BKC FASA 2
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran kedua itu akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin dan akan mula dilaksanakan pada :
- Fasa 2 : 25 NOVEMBER 2021
Bayaran akan dikreditkan secara automatik ke akaun penerima yang mempunyai akaun bank.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan diberikan pada tarikh yang sama 25 November ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
KADAR BAYARAN BKC FASA 2
- RM500 (Ogos) – Telah dikreditkan
- RM500 (November)
- RM300 (Disember)
- RM200 (Ogos) – Telah dikreditkan
- RM300 (November)
KELAYAKAN PENERIMA BKC
Kelayakan penerima BKC bagi kategori Miskin Tegar ini adalah seperti berikut :
- Isi Rumah & Warga Emas : Pendapatan RM5,000 dan ke bawah
- Bujang : Pendapatan RM2,500 dan ke bawah
Sebarang permohonan bagi menerima bantuan BKC ini, anda tidak perlu lakukan sama sekali, kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia adalah seperti berikut :
- Miskin Tegar :
Permohonan BPR 2021 yang didaftarkan secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat dan e-Kasih.
Nota : Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) secara automatik adalah TIDAK LAYAK untuk menerima bantuan BKC ini.