BANTUANGKP

GKP 4.0 : Bayaran Fasa Kedua Bermula 23 November 2021

Dalam membantu khususnya para peniaga PKS Mikro yang terjejas pendapatan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun lalu, Kerajaan sedia ada terus komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas melalui pelaksanaan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej PEMULIH.

Atas dasar prihatin Kerajaan terhadap rakyat Malaysia Khususnya buat peniaga kecil, bantuan program GKP ini di teruskan lagi dengan tambahan secara tunai dibawah Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang akan memanfaatkan kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro.

GKP 4.0

Berita baik untuk para peniaga khususnya PKS Mikro!
Sebentar tadi melalui ‘page’ facebook rasmi Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, beliau telah mengumumkan mengenai tarikh rasmi bayaran GKP 4.0 Fasa Kedua.

Melalui kenyataan yang dibuat oleh beliau, pelaksanaan bagi fasa kedua kali ini akan memanfaatkan seramai 1 juta penerima PKS Mikro yang telah memperuntukkan sebanyak RM6.08 bilion. 

Tambahan beliau lagi, bantuan tunai berterusan kepada PKS Mikro bagi membantu aliran tunai dan pulih semula perniagaan mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

TARIKH BAYARAN FASA 2

Seperti yang dijanjikan sebelum ini mengenai bayaran fasa kedua akan dilaksanakan pada November ini. Dalam kenyataan Perdana Menteri sebentar tadi, tarikh rasmi pelaksanaan bayaran bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) fasa kedua akan mula diberikan pada :

  • 23 November 2021

KADAR BAYARAN

Peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima tambahan bayaran dalam GKP 4.0 Fasa 2 secara automatik pada kadar :

  • RM500
Peruntukan sebanyak RM6.08 bilion telah disediakan bagi memanfaatkan seramai 1 juta PKS Mikro yang akan menerima bayaran GKP 4.0 fasa kedua ini.

SEMAKAN GKP 4.0

Semakan status kelulusan GKP 4.0 fasa dua ini boleh dilakukan bermula pada 22 November 2021 melalui web rasmi GKP iaitu :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi : 
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button