Sehingga Mac 2021 lalu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan kewangan bulanan kepada 21,556 keluarga fakir miskin di Kuala Lumpur. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, sebanyak RM131.39 juta zakat setahun telah diperuntukkan bagi Bantuan kewangan Bulanan ini kepada fakir miskin yang layak.
Untuk makluman, permohonan bagi Bantuan Kewangan Bulanan yang disediakan oleh MAIWP ini masih terbuka bagi golongan yang memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan. Skim bantuan bulanan ini merupakan salah skim bantuan bagi membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan secara bulanan.
KADAR BANTUAN
Kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan diberikan kepada bakal penerima yang layak pada kadar :
- Antara RM300 hingga RM1,000 sebulan
OBJEKTIF BANTUAN
- Membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk kewangan bulanan melalui akaun penerima atau / barangan melalui pembekal
- Fakir
- Miskin
- Mualaf
- Ar-Riqab
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Labuan
SYARAT PERMOHONAN
- Beragama Islam
- Warganegara Islam
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Pendapatan Tertakluk kepada pengiraan had al-kifayah
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang permohonan : MUAT TURUN SINI
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran pasport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan :
– Pemohon
– Suami
– Isteri
– Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkutan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. - Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji. perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah
– *Bagi Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung - Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
- Satu salinan surat perakuan nikah / akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah
- Satu salinan bil utiliti / cukai pintu rumah yang didiami.
DOKUMEN SOKONGAN
- 1 keping gambar berwarna berukuran pasport (menutup aurat bagi perempuan)
- 1 salinan kad pengenalan pemohon
- 1 salinan kad pengenalan suami, isteri dan tanggungan / surat pengangkatan JPN / akuan sumpah penjagaan jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja)
- 1 salinan slip gaji / pencen / PERKESO / surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri / surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung (WP labuan sahaja)
- 1 salinan perakuan nikah / surat akuan sumpah untuk kes kehilangan bagi pemohon berumur 60 tahun ke atas*
- 1 salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini*
- 1 salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri*
- 1 salinan kad memeluk islam*
- 1 salinan kad orang kelainan upaya (OKU) pemohon / tanggungan*
- Surat pengesahan sakit kronik pemohon dan tanggungan dari hospital kerajaan sahaja*
- 1 salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT*
- 1 salinan cukai pintu / bil utiliti
- 1 salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terkahir / terkini*
- 1 salinan laporan polis / surat penjara (bagi keluarga bermasalah)*
- 1 salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi (bagi pemohon yang muflis)*