BANTUAN

Terkini! Insentif RM400 Untuk Rakyat Selangor

Terbaru, Kerajaan negeri Selangor telah menawarkan sebanyak 5,000 kekosongan untuk peserta khususnya warga Selangor yang ingin mengikuti sesi latihan dan kemahiran secara atas talian menerusi program iaitu Selangor Freelancer.

Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini, orang ramai yang terjejas pendapatannya sudah tentu ingin menjana duit sampingan walaupun hanya bekerja dari rumah bagi memudahkan mereka menjana pendapatan harian.

Bagi mereka yang inigin mengikuti program Selangor Freelancer ini, ikuti perkongsian dibawah mengenai cara memohon dan syarat kelayakan.

SELANGOR FREELANCER

Untuk makluman, ketika pembentangan Belanjawan 2021, program Selangor Freelance ini antara insentif kerajaan yang tersenarai dibawah program pendigitalan dengan kos peruntukan sebanyak RM369 juta melalui dana negeri dan anak syarikat (GLC).

Program ini merupakan inisiatif dan kerjasama antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Workana iaitu sebuah platfom padanan kerja.

Melalui program Selangor Freelancer, para peserta yang mengikuti program yang ditawarkan ini layak mendapat insentif daripada Kerajaan Negeri sebanyak :

  • RM400.00 

OBJEKTIF SELANGOR FREELANCE

Beberap objektif utama dalam pelaksanaan program ini iaitu :

  • Wujudnya kesedaran dan memberi insentif dalam menyertai ekonomi gig digital
  • Berdaya saing dalam ekonomi gig
  • Meningkatkan keboleh pasaran
  • Menyediakan akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik
  • Melatih warga selangor cara memanfaatkan ekonomi gig digital

TEMPOH LATIHAN SELANGOR FREELANCER

Program latihan Selangor Freelancer akan berjalan selama :

  • 2 Hari
    Setelah tamat latihan 2 hari, peserta akan menerima insentif RM400 daripada kerajaan negeri.

Peserta yang mengikuti program ini akan dilatih bagaimana hendak menjadi pekerja bebas (freelancer) serta turur diterangkan bagaimana cara untuk menggunakan platform Workana.

SYARAT KELAYAKAN SELANGOR FREELANCE

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam mengikuti program Selangor Freelance ini :

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Warga Selangor / menetap di Selangor
  • Individu yang sudah bekerja / belum bekerja dibolehkan untuk membuat permohonan

CARA DAFTAR SELANGOR FREELANCE

Warga Selangor yang ingin mengikuti program Selangor Freelance ini, anda boleh mendaftar :

  • Sila ke pautan berikut : https://selangor.workana.com/
  • Klik ‘SIGN UP
  • Sila isikan maklumat peribadi anda. Sila pastikan maklumat yang anda isi adalah sahih dan tepat untuk memudahkan proses permohonan anda berjalan lancar


Dalam menghadapi Covid-19 ketika ini, sudah tentu ramai yang terkesan pendapatan sehinggakan ada yang kehilangan pekerjaan. Menjana pendapatan seperti bekerja dari rumah adalah salah satu inisiatif terbaik dalam mencari sumber pendapatan harian. 

Oleh itu, kepada warga Selangor dialu-alukan untuk menyertai program ini dalam memanfaatkan ekonomi gig digital ini.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari : https://selangor.workana.com atau www.platselangor.com. 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button