MyKasih Kapital : Insentif RM1,000 Untuk Usahawan Wanita
Melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN), satu bantuan bagi para usahawan wanita yang kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan, kini anda boleh memohon bantuan tersebut melalui progam Bantuan MyKasih Kapital.
Yayasan Kebajikan Negara merupakan sebuah badan kebajikan di bawah bidang tugas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM). Tujuan yayasan ini di tubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.
Berikut adalah perincian maklumat mengenai Bantuan MyKasih Kapital yang anda boleh pohon.
MYKASIH KAPITAL
Untuk makluman anda semua, program MyKasih Kapital ini merupakan Insentif Bantuan MyKasih Kapital ini merupakan salah satu inisiatif tambahan yang telah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin pada Mac lalu.
Beliau berkata, suntikan modal perniagaan ini bertujuan agar para usahawan wanita dapat menceburi diri dalam bidang perniagaan berbentuk e-dagang ataupun dropship.
KADAR BANTUAN MYKASIH KAPITAL
Sebelum ini, pelaksanaan bantuan ini hanya memanfaatkan seramai 2000 peserta sahaja. Namun berbeza kali ini, ketika pembentangan Bajet 2022 Oktober lalu, sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dan bakal memanfaat seramai 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.
Setiap para usahawan wanita yang berkelayakan akan mendapat bantuan sebanyak :
- RM1,000 (one-off)
OBJEKTIF MKK
- Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan sepenuhnya.
- Membantu meningkatkan taraf hidup wanita yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
- Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan Covid-19
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- 18 Tahun ke atas
- Terbuka kepada usahawan wanita sahaja
- Pemohon ialah ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama keluarga
- Pemohon ialah individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian
- Usahawan wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
CARA MEMOHON
- Sila klik pautan ini untuk membuat pendaftaran secara online : Daftar MyKasih Kapital
- Isi maklumat yang diperlukan di dalam setiap ruangan dengan betul dan tepat
- Klik butang “Next”
- Pada akhir paparan, sila klik “SUBMIT” untuk menghantar permohonan.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital di talian 03-8323 2433 atau terus ke pejabat di alamat:
Urus setia Program Bantuan MyKasih Kapital,
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia,
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4, 61200 Putrajaya