TEDUH : Permohonan Rumah Mampu Milik Golongan B40

APA ITU TEDUH?

Untuk pengetahuan semua, TEDUH merupakan satu portal di mana ianya memaparkan maklumat dan mengenai projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia. 

Manakala, Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) merupakan salah satu modul dalam TEDUH di mana fungsinya sebagai “One-Stop Centre” untuk individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan jabatan Perumahan Negara KPKT.

Maka, dengan setiap permohonan rumah mampu milik seperti PPR, MyHome dan rumah transit hendaklah di buat melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).

SYARAT DAN KELAYAKAN

Untuk makluman umum, terdapat beberapa skim yang ada yang boleh anda mohon, maka oleh itu, syarat dan kelayakannya berbeza dan bergantung kepada skim yang anda ingin mohon :

  • SKIM PPR DI SEWA
  • SKIM PPR DI MILIKI
  • PEMOHON SKIM PRIMA

1) SKIM PPR DI SEWA

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bagi permohonan SKIM PPR DISEWA :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

2) SKIM PPR DI MILIKI

Bagi SKIM PPR DIMILIKI pula, berikut adalah syarat dan kelayakannya :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

3) PEMOHON SKIM PRIMA

Bagi skim ini pula, syarat kelayakan bagi permohonannya berbeza berbanding dengan skim sebelum nya :
  • Warganegara Malaysia
  • Bujang / Berkahwin atau berumur 21 tahun ke atas
  • Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
  • Pendapatan isi rumah RM15,000 ke bawah

CARA PERMOHONAN

Beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk membuat permohonan.

DAFTAR AKAUN PEMOHON

1) Pemohon yang ingin membuat permohonan PPR Disewa, anda haruslah membuat akaun pemohon terlebih dahulu. Sila ke pautan berikut : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

2) Sila isi maklumat yang di perlukan dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan berjalan lancar.

Setelah anda mengisi maklumat dan “Daftar“, satu pesanan mengenai pendaftaran anda akan di hantar ke e-mail yang anda telah daftarkan tadi.

PERGI KE EMAIL UNTUK MEMBUAT PENGESAHAN

1) Pastikan email yang anda daftarkan tadi adalah tepat dan merupakan email semasa anda.

2) Anda akan menerima pesanan melalui email anda mengenai PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK. Ianya bertujuan untuk anda membuat pengesahan dan mengaktifkan akaun anda yang telah didaftarkan.

3) Apabila anda telah buka email yang di hantarkan, anda perlu “klik” pautan yang berwarna biru bertujuan untuk pengaktifan dan juga penetapan kata laluan anda.

Peringatan : Pastikan kata laluan yang anda masukkan mudah untuk anda ingat.


SILA PILIH SKIM


Nota : Pastikan anda mengisi semua maklumat yang di perlukan dengan teliti, jangan ada yang tertinggal bagi memudahkan proses berjalan lancar.

DOKUMEN SOKONGAN

Nota : Sila lampirkan sekali dokumen yang diperlukan. Dokumen yang hendak di hantar hendaklah berbentuk PDF dan bersaiz 3MB ke bawah.

SOALAN LAZIM

Apakah fungsi TEDUH?

Fungsi TEDUH adalah saluran portal utama yang akan memaparkan tentang projek-projek dan program perumahan awam dan swasta di Malaysia

Apakah skim perumahan yang di tawarkan oleh SPRN?

Terdapat 4 skim yang di tawarkan iaitu :

  • Skim MYHOME
  • Skim PPR DISEWA
  • Skim PPR DIMILIKI
  • Skim SPP
Berapakah harga bagi setiap skim rumah yang di tawarkan? 

  • Skim Rumah PPR (Harga RM35,000/ Sewa RM124 Sebulan)
  • Skim Rumah Transit (Rumah Sewa RM250)
  • Skim SPP (Pinjaman Sehingga RM60,000)

Untuk sebarang permohonan, anda haruslah mendaftar terlebih dahulu di : https://sprn.kpkt.gov.my/user/register

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, anda boleh mengunjungi portal rasmi TEDUH iaitu : https://teduh.kpkt.gov.my/

Leave a Comment