BANTUANBELANJAWAN 2022

e-START : RM150 Kredit e-Wallet Bakal Diberikan Kepada Belia Malaysia

Belanjawan 2022. Dengan bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, dan merangkumi 3 Fokus utama (3M) iaitu, Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan, bajet kali ini telah memperuntukkan sejumlah dana yang tertinggi dalam sejarah iaitu RM332.1 bilion.

Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini.

Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 lalu. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ.

PROGRAM E-START

Bajet 2022 kali ini tidak ketinggalan dalam memberi bantuan kepada para belia khususnya mereka yang berumur diantara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan, Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai. E-Start akan mengkreditkan 150 ringgit secara one-off ke dalam akaun e-dompet belia yang layak.

KADAR BAYARAN e-START

Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta dan bakal memanfaatkan seramai 2 juta penerima, setiap belia yang layak akan menerima sebanyak :

  • RM150  (One-off)

Bayaran akan dikreditkan ke akaun e-dompet belia yang layak secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN

Pemberian bantuan e-dompet (e-start) akan diberikan kepada belia yang berkelayakan seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18-20 tahun
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

TARIKH/CARA MOHON/KAEDAH PENEBUSAN

Tarikh bayaran dan cara mohon bagi bantuan program e-Start ini, tiada kenyataan rasmi lagi dimaklumkan mengenainya. Pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman dari semasa ke semasa.

Bagi kaedah penebusan pula, pihak kami menjangkakan ianya akan dikreditkan melalui applikasi e-wallet sama seperti sebelum ini iaitu, Touch ‘n Go eWallet, Boost, Grab Pay dan BigPay.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button