BANTUANJKM

JKM : Cara Mohon Bantuan Kewangan Bulanan Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)

Untuk makluman anda, Jabatan Kebajikan  Masyarakat ada menyediakan satu bantuan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Jika anda salah seorang diantaranya ataupun penjaga bagi golongan ini, anda layak untuk memohon bantuan yang disediakan ini.

Bagi mana-mana individu yang ingin memohon bantuan ini, pra-syarat untuk mendapatkan bantuan ini, para pemohon hendaklah mendaftar telebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk pengesahan status bagi mendapatkan kad OKU.

SENARAI BANTUAN OKU

Mengikut rujukan yang telah kami buat mengenai bantuan bagi OKU ini, terdapat 5 jenis bantuan bagi golongan ini yang tersenarai dalam web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Berikut adalah senarainya berserta pautan rasmi untuk rujukan anda :

  1. Elaun Pekerja Cacat 
    Tujuan :
    – Menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif
    Kadar bantuan :
    – RM450/sebulan
    – http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=akVMUTlrSU5mT0dCZys3bzFCendNdz09

  2. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
    Tujuan :
    – Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja
    – Menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga
    Kadar bantuan :
    – RM300/sebulan
    – http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=T2FDeHJMei9nZVN4UWxRdlRLNytrUT09

  3. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
    Tujuan :
    – Meringankan beban keluarga/penjaga
    Kadar bantuan :
    – RM500/sebulan
    – http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=UzhQSWdqWnJSZ2xIUUNFT2Z0WG9tQT09

  4. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan
    – Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan
    – http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=TXNWWG1iRXhLUmFrb2c5UDJaSVdBQT09

  5. Geran Pelancaran GP
    Tujuan
    – Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga
    – Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari
    Kadar bantuan :
    – Maksimum RM2700 
    – http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=NWxtc1E1eCs4VDI2SFA4bkg3M0FaQT09

CARA BUAT PERMOHONAN BANTUAN OKU

Melalui bantuan yang disediakan oleh JKM ini, bagi anda yang ingin membuat permohonan bantuan OKU ini, sila ikuti langkah dibawah ini :

Nota : Sila pastikan segala data peribadi yang anda masukkan adalah benar dan lengkap untuk memudahkan proses permohonan anda berjalan lancar.

Cara 1 : Permohonan Bantuan OKU Manual

  1. Sila ke web rasmi JKM :  http://www.jkm.gov.my/
  2. Klik ‘Perkhidmatan’
  3. Klik ‘Skim Bantuan Kebajikan’
  4. Pada bahagiang cara permohonan di bawah sekali, borang JKM18 (Borang Permohonan Bantuan) dipaparkan
  5. Tekan link “klik disini untuk muat turun”
  6. Berikut merupakan link untuk mendapatkan borang permohonan bantuan dari JKM : http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Bahagian%20PW/BORANG_PERMOHONAN_JKM_18.pdf
  7. Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut :
    – Negeri
    – Daerah/Jajahan
    – Mukim
    – Parlimen
    – DUN
    – Perujuk
    – Maklumat Asas
    – Maklumat Kediaman
    – Maklumat Pekerjaan
    – Maklumat Ahli Keluarga
    – Maklumat Kesihatan & Ketidakupayaan
    – Maklumat Harta
    – Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    – Maklumat waris
    – Perakuan pemohon
    – Bawa senarai semak bersama borang permohonan
  8. Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian
  9. Klik sini bagi carian Pejabat Kebajikan : Pejabat Kebajikan Masyarakat

Cara 2 : Permohonan Bantuan OKU Online

  1. Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
  3. Laman yang terpapar tertera dokumen-dokumen berikut diperlukan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah.
  4. Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat online.
  5. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
  6. Antara dokumen yang diperlukan:
    • Salinan MyKad/ Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga pemohon yang tinggal bersama
    • Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
    • Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
    • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU
    • Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
  7. Klik Daftar Permohonan untuk memulakan pendaftaran bantuan anda.
  8. Pilih Negeri.
  9. Masukkan MyKad anda pada ruangan No. Kad Pengenalan Baru.
  10. Klik Daftar.
  11. Isikan permohonan dengan maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Negeri
    • Daerah/Jajahan
    • Mukim
    • Parlimen
    • DUN
    • Perujuk
    • Maklumat asas
    • Maklumat kediaman
    • Maklumat pekerjaan
    • Maklumat ahli keluarga
    • Maklumat kesihatan & ketidakupayaan
    • Maklumat harta
    • Maklumat pendapatan dan perbelanjaan bulanan pemohon/isi rumah
    • Maklumat waris
    • Perakuan pemohon
    • Bawa senarai semak bersama borang permohonan
  12. Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
  13. Klik sini bagi carian Pejabat Kebajikan : Pejabat Kebajikan Masyarakat
  14. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian 03 – 8000 8000

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

SUMBER : Rujukan Online

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button