Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini.
Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya para belia yang masih melanjutkan pelajaran (IPT), satu bantuan akan dilaksanakan pada sesi 2022 nanti dimana para siswazah akan menerima satu bantuan tablet untuk golongan B40 menerusi program PerantisSiswa Keluarga Malaysia.
Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ baru-baru ini ketika pembentangan Belanjawan 2022.
Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan mengenainya secara terperinci.
PerantiSiswa KELUARGA MALAYSIA
PerantiSiswa adalah inisiatif kerajaan dalam membantu mahasiswa yang kurang berkemampuan untuk memiliki peranti sendiri. Kerajaan sedar akan masalah yang dihadapi oleh para pelajar, mungkin ada dikalangan mereka terpaksa meminjam peranti kawan ataupun terpaksa pergi ke pusat internet untuk membuat tugasan pengajian mereka.
Bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara, Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi.
Bagi memastikan keperluan dan kebajikan mahasiswa terus terpelihara, peruntukan sebanyak RM450 juta tidak termasuk sumbangan daripada syarikat telekomunikasi sebanyak RM65 juta telah disediakan dan bakal memanfaatkan seramai 600 ribu mahasiswa B40.
PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan pakej bantuan ini untuk pelajar IPT dari golongan B40 bagi memiliki :
- Peranti Tablet
- Data Mudah Alih
SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT
Dalam pelaksanaan pakej PerantiSiswa ini, Syarikat Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi seperti :
- Celcom Axiata Berhad
- Digi Telecommunications SDN BHD
- Maxis Berhad
- U Mobile SDN BHD (U Mobile)
- Maxis Berhad (TM) dan YTL Communications SDN BHD (YES)
TARIKH PELAKSANAAN
- Pada SUKU KEDUA 2022
Tiada lagi tarikh rasmi dikeluarkan bagi pendaftaran bantuan ini. Pihak kami akan maklumkan dari semasa ke semasa sekiranya mendapat makluman mengenainya.
BELANJAWAN 2022
Belanjawan 2022 kali ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, akan mendokong tiga paksi dan mengekalkan tiga fokus induk utama iaitu :
Tiga Paksi Utama
- Memperkukuh Pemulihan
- Membina Daya Tahan
- Memacu Pembaharuan
Tiga Fokus Utama
- Pertama : Rakyat Yang Sejahtera
- Kedua : Perniagaan Yang Berdaya Tahan
- Ketiga : Ekonomi Yang Makmur dan Mampan