Tahukah anda, selain memohon bagi pengeluaran KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Saraan dan yang terkini hangat di perkatakan oleh ahli pencarum KWSP iaitu i-Citra, anda juga boleh memohon insentif dari pihak kerajaan khususnya ‘Suri Rumah’ sebanyak RM480 bagi tiap tahun.
Terdahulu, Kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan i-Suri KWSP di mana ianya untuk membantu para suri rumah turut mempunyai wang simpanan demi masa depan mereka atau di masa tua mereka.
Melalui bantuan ini, pelbagai faedah yang akan di perolehi melalui skim i-Suri dari KWSP ini di mana ibu-ibu dapat menabung dan jugak dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. Bukan itu sahaja, pelbagai faedah yang mereka akan dapat melalui pendaftaran i-Suri KWSP akan tetapi semuanya bergantung kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini berserta cara untuk memohon.
MANFAAT BANTUAN I-SURI
Berikut adalah manfaat ataupun kadar bantuan keseluruhan melalui skim i-Suri KWSP ini :
- Pembayaran sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021.
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat kelayakan
- Pemohon yang layak bakal menerima Dividen Tahunan KWSP sama seperti pencarum yang lain
- Bukan itu sahaja, melalui skin i-Suri ini, Bantuan Khairat Kematian pun ada di sediakan sebanyak RM2,500
SYARAT KELAYAKAN
Sekiranya anda berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri ini, beberapa syarat kelayakan yan telah di tetapkan oleh pihak KWSP, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah e-Kasih
- Berumur bawah 60 tahun
- Caruman bulanan sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
BORANG PENDAFTARAN & CARA MOHON
Sekiranya anda merupakan di antara individu yang berkelayakan untuk bantuan ini, permohonan dan pendaftaran ahli i-Suri KWSP boleh di lakukan di mana-mana kaunter KWSP yan berdekatan. Sila sertakan sekali dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan proses permohonan anda di lakukan :
- MYKAD
- Borang :
➤ i-Suri – I-SURI KWSP 16G (M)
➤ i-Suri – I-SURI KWSP 6A (2)
CARUMAN
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
- Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang di lantik iaitu Maybank dan Public Bank.
CARA DAN SALURAN BAYARAN
Berikut dikongsikan bagaimana cara dan kaedah bayaran kepada penerima yang layak :
SOALAN LAZIM
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri ini, anda boleh menghantarkan pertanyaan anda ke :
https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry