Baru-baru ini menerusi pembentangan Bajet 2022, pelbagai bantuan kewangan yang telah diumumkan dan akan disalurkan pada tahun 2022 nanti. Antaranya seperti Bantuan Keluarga Malaysia, eStart RM150 e-wallet belia, bantuan tablet dan data untuk pelajar IPT dan banyak lagi.
Namun, disebalik pelbagai bantuan yang diumumkan pada Bajet 2022, mungkin ada diantara yang terlupa ataupun tidak tahu sama sekali mengenai bantuan e-Kasih yang boleh dimohon tanpa perlu menunggu sehingga 2022 nanti.
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan maklumat terperinci berserta cara untuk membuat permohonan baru dan membuat semakan e-Kasih ini.
Ikuti perkongsian dibawah.
E-KASIH
Dalam kita menghadapi krisis dari segi ekonomi berikutan pandemik Covid-19 yang kini melanda negara kita, Kerajaan sedia ada terus membantu dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rakyatnya khususnya mereka yang terjejas pendapatannya dan juga yang kehilangan pekerjaan.
e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.
CIRI UTAMA E-KASIH
Berikut adalah ciri-ciri utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
KELAYAKAN PERMOHONAN
- Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) – RM1,500
- Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) – RM1,000
Untuk rujukan terperinci mengenai PGK semasa mengikut negeri, sila rujuk pautan di bawah ini :
SEMAKAN e-KASIH
Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
PERMOHONAN e-KASIH
Bagi anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah proses permohonan :
PENDAFTARAN e-KASIH
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Muhammadramdanblnahmed
63KGSUNGALSEKLAHBEHRANGULU35950behrangstesenperak