Kini kita berada di awal November. Selain bantuan seperti bayaran BKC Fasa 2 akan diberikan di bulan ini, terdapat satu lagi bantuan yang akan diberikan pada bulan yang sama, iaitu GKP 4.0 Fasa 2.
Dalam membantu khususnya para peniaga PKS Mikro yang terjejas pendapatan mereka ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jun lalu, Kerajaan sedia ada terus komited dalam memberi bantuan kepada mereka yang terjejas melalui pelaksanaan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej PEMULIH.
Atas dasar prihatin Kerajaan terhadap rakyat Malaysia Khususnya buat peniaga kecil, bantuan program GKP ini di teruskan lagi dengan tambahan secara tunai dibawah Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP4.0) yang akan memanfaatkan kira-kira 1 juta usahawan PKS mikro.
GKP 4.0
Pada 7 – 21 Oktober baru-baru ini, bagi penerima yang berstatus GAGAL KREDIT diminta agar membuat kemaskini maklumat akaun bank. Ianya bertujuan agar penerima yang layak tidak tercicir bagi mendapat bantuan kewangan ini.
Bantuan sejumlah RM1,000 akan diberikan kepada penerima yang layak menerima bantuan GKP 4.0 ini dan akan melalui 2 fasa bayaran dimana bayaran bagi Fasa 1 telah pun dilaksanakan pada September lalu.
TARIKH BAYARAN FASA 2
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum ini, bayaran GKP 4.0 Fasa 2 akan mula dilaksanakan pada :
- November 2021
KADAR BAYARAN
Peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini akan menerima tambahan bayaran dalam GKP 4.0 Fasa 2 secara automatik pada kadar :
- RM500
SEMAKAN GKP 4.0
Semakan GKP 4.0 ini boleh dilakukan secara online melalui web rasmi GKP iaitu :
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi :
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).