BAJET 2022 : Senarai Inisiatif Kerajaan Dalam Belanjawan 2022
Pembentangan Belanjawan 2022 telahpun melabuhkan tirainya dimana pelbagai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini.
Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 tadi. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ sebentar tadi.
Ikuti perkongsian dibawah mengenai beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 yang telah diumumkan sebentar tadi.
BELANJAWAN 2022
Belanjawan 2022 kali ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, akan mendokong tiga paksi dan mengekalkan tiga fokus induk utama iaitu :
Tiga Paksi Utama
- Memperkukuh Pemulihan
- Membina Daya Tahan
- Memacu Pembaharuan
Tiga Fokus Utama
- Pertama : Rakyat Yang Sejahtera
- Kedua : Perniagaan Yang Berdaya Tahan
- Ketiga : Ekonomi Yang Makmur dan Mampan
SENARAI BANTUAN TAHUN 2022
Berikut adalah beberapa jenis bantuan yang akan dilaksanakan yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2022 sebentar tadi, antaranya :
- Memperkenalkan satu pakej baru iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) – RM2,000 (3 orang anak atau lebih / <RM2500)
- Bantuan tambahan RM500 kepada ibu/bapa tunggal (<RM5000)
- Bantuan RM300 untuk warga emas (B40)
- Bantuan RM350 untuk bujang (<RM2500)
- Inisiatif RM25 juta untuk Yayasan Keluarga Malaysia bagi melindungi kebajikan dan pendidikan
- Peruntukan sebanyak RM32.4 bilion untuk Kementerian Kesihatan Malaysia dalam persediaan ke fasa endemik Covid-19
- Pelaksanaan perolehan ubat antiviral
- Memberikan pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri
- Pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia akan diteruskan
- Duti eksais ke atas produk minuman bergula / duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin
- RM100 juta dalam Penajaan program kepakaran untuk manfaat 3000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian
- Peruntukan sebanyak RM52.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan Malaysia
- Bantuan Awal Persekolahan dinaikkan ke RM150
- Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah akan dilaksanakan :
– RM140 juta – JAKIM
– RM120 juta – 1800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil - Menaik taraf sekolah-sekolah daif termasuk Sabah dan Sarawak
- Penyediaan bekalan susu harian akan dilaksanakan dibawah Rancangan Makanan Tambahan
- Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar untuk guru (RM100)
- Pelajar B40 akan dibekalkan sebuah tablet dalam pelaksanaan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia
- RM150 akan dikreditkan ke akaun e-Wallet belia
- Pelepasan cukai terhadap pembelian telefon/komputer sehingga 31 Disember 2022
- Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman PTPN bermula 1 November hingga 30 April 2022
- Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia – Sebanyak 600 ribu peluang pekerjaan akan disediakan
- Baucar sebanyak RM50 menerusi program Baucar Perlindungan Tenang
- Pelaksanaan inisiatif i-Saraan
- Program Kasih Suri Keluarga Malaysia dilaksanakan bagi memberi perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu
- Kadar pencen akan ditingkatkan di bawah Skim Keliatan daripada RM475 kepada RM550
- RM200 juta peruntukan disediakan untuk kaum Cina, RM145 juta untuk kaum India
- Pelaksanaan Program MyKasih Kapital – Menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah
- Kos bayaran Lesen Kenderaan Motor akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dalam meringankan kos sara hidup bagi golongan OKU
Demikianlah beberapa inisiatif dan bantuan yang akan diberikan pada tahun 2022 yang telah diumumkan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan ketika ucapan beliau di Belanjawan 2022 tadi.
Pihak kami akan kongsikan maklumat terperinci mengenai senarai inisiatif yang telah disebutkan di atas pada artikel akan datang.
Bila bantun bujang