BAJET 2022 : Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150

judul gambar

Kerajaan sedia ada memahami akan beban yang terpaksa di tanggung oleh masyarakat ketika ini dalam menghadapi pandemik global Covid-19 yang kini telah mencecah sehingga 2.4 juta telah direkodkan dalam negara kita dan telah meragut seramai 28 ribu orang terkorban akibat pandemik ini.

judul gambar

Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia, beberapa pakej bantuan yang telah diperkenalkan dan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2022 tadi. Perkara ini telah disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ sebentar tadi.

Antara bantuan yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022 nanti iaitu, Bantuan Awal Persekolahan dan bantuan tersebut telah dinaikkan kadarnya. 

Ikuti perkongsian dibawah mengenai beberapa bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 yang telah diumumkan sebentar tadi.

Table of Contents

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar pada bajet 2022 kali ini iaitu sejumlah 52.6 bilion ringgit atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan. 

Menurut Tengku Zafrul, dalam pelaksanaan program Bantuan Awal Persekolahan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM450 juta dan akan memanfaatkan seramai 3 juta murid-murid yang layak dimana mereka masing-masing akan menerima sebanyak :

  • RM150 (Tahun 2022) 
  • RM100 (Tahun 2021)
Ini bermakna, terdapat kenaikan sebanyak RM50 bagi Bantuan Awal Persekolahan pada sesi 2022 nanti.
“Tidak ada yang lebih menggembirakan buat anak-anak apabila dapat kembali semula ke sekolah secara bersemuka bersama rakan. Setiap awal tahun, tentunya ibu bapalah yang paling sibuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.” 

BELANJAWAN 2022

Belanjawan 2022 kali ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera”, akan mendokong tiga paksi dan mengekalkan tiga fokus induk utama iaitu :

Tiga Paksi Utama

  • Memperkukuh Pemulihan
  • Membina Daya Tahan
  • Memacu Pembaharuan

Tiga Fokus Utama

  • Pertama Rakyat Yang Sejahtera
  • Kedua : Perniagaan Yang Berdaya Tahan
  • Ketiga :  Ekonomi Yang Makmur dan Mampan 
Tengku Zafrul dalam ucapannya mengatakan, peruntukan dalam pelaksanaan Belanjawan 2022 kali ini adalah nilai peruntukan yang paling tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini iaitu sejumlah RM332.1 bilion.

Leave a Comment