BANTUAN

BKP : Tarikh Rasmi Penebusan Secara Tunai RM500 Bermula Hari Ini

Kita sedia maklum bahawa bantuan kewangan bagi bulan Oktober iaitu bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula baru-baru ini iaitu 26 Oktober 2021.

Untuk pengetahuan semua, bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan dilakukan secara serentak dengan pembayaran melalui tunai

Namun, apa yang kami lihat melalui perkongsian di media sosial seperti Facebook, kebanyakannya meluahkan rasa kecewa kerana bayaran secara tunai melalui kaunter BSN belum lagi boleh dituntut.


Terkini, melalui kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh BSN, penunaian bantuan BKP kini telah boleh dilakukan menerusi mana-mana kaunter BSN berdekatan. Ikuti perkongsian dibawah mengenainya.

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Bekas Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan melalui ucapannya, Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan kepada individu yang layak dan yang hilang hasil pendapatan pada kadar :

  • RM500.00

Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

TARIKH RASMI BAYARAN (TUNAI)

Berita baik untuk anda!

Bagi anda yang ingin membuat penebusan/penunaian bantuan BKP ini, ianya boleh dilakukan bermula :


SEMAKAN KELAYAKAN BKP

Semakan status kelayakan dan kelulusan BKP ini, ianya boleh dibuat secara online bermula 26 Oktober 2021 di portal rasmi BKP iaitu :
https://bkp.hasil.gov.my/

Untuk makluman, terdapat dua kaedah bayaran yang akan dipaparkan setelah hasil daripada semakan iaitu sama ada :

  • Kaedah Bayaran : Kredit Akaun Bank
    Sekiranya kaedah bayaran ‘Kredit Akaun Bank’, anda tidak perlu membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN lagi kerana bayaran akan dikreditkan secara automatik ke akaun yang telah didaftarkan.

  • Kaedah Bayaran : Tunai
    Sekiranya kaedah bayaran ‘Tunai’, anda perlu membuat penunaian bayaran melalui mana-mana kaunter BSN yang berdekatan.

CARA BUAT PENUNAIAN BKP DI BSN

Sekiranya anda ingin membuat penunaian bayaran bantuan BKP melalui kaunter BSN, ianya mudah sahaja. Anda hanya perlu lakukan :

  • Membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN berdekatan. Sila kemukakan ketika di kaunter nanti.

Nota : Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi tujuan penunaian bayaran BKP. 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) ini, anda boleh berhubung terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui talian hotline : 1-800-88-2747

Related Articles

23 Comments

  1. Saya kehilangan pendapatan start dari brim lagi,tuu,pun sempatlah dapat 3x je melalui bank BSN,, dan lepas itu tidak lagi dapat sampai sekarang,,di sebab kan saya menjalani hukuman penjara selama 9thn,,,pada bulan April 2021 saya bebas,,ada mohon kat lembaga hasil tapi tidak dapat,,, yang dapat KWSP je ,,keluarkan simpanan,,, yang lain mohon,, punyalah mohon 1 pun tak dapat

  2. Saya juga telah tiada pekerjaan sejak bulan Jun lalu iaitu selepas dikuarantin selama 20 hari Disebabkan itu tauke terpaksa mengambil pengganti UTK pekerjaan saya tapi saya tidak tersenarai sebagai penerima

  3. Yg kerja kmpg kerja kebun takde epf socso langsung tak dapat pape bantuan. Macam haram je rasa. Cuma dapat bpr. Kerajaan tak pandang langsung. Kalau cakap bebaik memang tak di pandang le komen ni. Kena cakap cara kurang ajar maki hamun hina kerajaan sebar berita palsu biar polis cari baru komen ni kerajaan nampak betul tak.

  4. BKP katanya, bila check x dapat pada hal dah 5 bulan hilang pendapatan. Bila call tanya kata ni tuk org yg hilang pendapatan dri bln 4 ke 6 sahaja, apa syaratnya tah, check je la kt kwsp tuk thn 2021 ni sapa yg berhenti potong kwsp bg je la bantuan BKP tu

  5. I been effected since the pandemic last year. Till todate I didnt get any contributions. Application submitted gets rejected give reason my tax deduction was high when I m not in employment how the hell tax can be contributed. People works in LHDN re half dumps & absolutely zero in details. I dun knw where is tis contributions gone wen we unemployed dun get any penny. New PM & his team say something & do something.

  6. Sy awal pandemik 2020 pun hilang perkerjaan juga,di tambah pula kemalangan pd april 2021 di sahkan patah kaki kiri,claim socso x boleh,bkp ni pun x dpt,tp Alhamdulillah bantuan bpn,bpr dpt,smpai skrg blum pulih spenuhnya..

  7. apa benda eh kerjaan skrang buta kew aku yg dah lama tiada caruman jew tak dapat smapi duit dkt kwsp tiggal rm100 asal tak buat hnya untuk org kaya jew lbih bguss.ckp mnis hsil thi ayam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button