Dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang kini melanda negara, pelbagai jenis bantuan telah disediakan dan diberikan oleh pihak kerajaan khususnya untuk mereka yang terjejas pendapatannya.
Terbaru, pelaksanaan bayaran bagi Bantuan Kehilangan Pendapatan telah mula dilaksanakan bermula 26 Oktober 2021 di mana individu yang kehilangan pendapatan ataupun pekerjaan akan diberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 secara one-off.
Adakah anda tahu mengenai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat? Kita sedia maklum sememangnya pelbagai bantuan yang boleh dimohon dibawah JKM ini contohnya, Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-kanak, Bantuan OKU dan pelbagai lagi.
Namun, untuk kali ini kami ingin kongsikan sekali lagi mengenai bantuan yang mungkin anda belum tahu lagi yang disediakan oleh JKM iaitu Bantuan Am Persekutuan.
Ikuti perkongsian di bawah mengenai Bantuan Am Persekutuan berserta cara untuk membuat permohonan.
BANTUAN AM PERSEKUTUAN
Bantuan Am Persekutuan disediakan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan sebanyak RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga.
KADAR BANTUAN
- RM100 sehingga RM350 (Maksimum)
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :
- Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :
- Sila ke web rasmi JKM iaitu :
http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp - Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian‘
- Daftar permohonan mengikut negeri
- Isikan nombor kad pengenalan
- Isikan borang berkaitan
Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
DOKUMEN SOKONGAN
Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :
- Salinan MyKad Pemohon
- Salinan MyKad ahli keluarg yang tinggal bersama
- Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
- Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)
Borang Berkaitan
SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN
- Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Sila Klik “Semak Status Permohonan Talian“
- Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”
Shamala
950319015482
Muhammad Fathihi bin Mohamad
911010146765