BKP : Cara Menebus Bayaran BKP Secara Tunai Di Kaunter BSN
Kita sedia maklum bahawa bantuan kewangan bagi bulan Oktober iaitu bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula hari ini iaitu 26 Oktober 2021.
Untuk pengetahuan semua, bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan dilakukan secara serentak dengan pembayaran melalui tunai.
Bagi yang layak untuk menerima BKP ini, anda boleh buat semakan mengenai kaedah bayaran masing-masing. Sekiranya semakan status “TUNAI“, anda perlu buat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Oleh itu, kali ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana caranya untuk menebus secara tunai bantuan BKP anda.
BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN
Bekas Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan melalui ucapannya, Kerajaan telah bersetuju akan memberi bantuan kepada individu yang layak dan yang hilang hasil pendapatan pada kadar :
- RM500.00
Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.
TARIKH RASMI BAYARAN
Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli dan bayaran akan bermula pada :
- 26 Oktober 2021
– Melalui Akaun Kredit Secara Automatik - Bagi Penunaian Melalui Kaunter BSN
– Tiada Tarikh Rasmi, Akan Dimaklumkan Dari Masa Ke SemasaSumber : https://www.bsn.com.my/CustomerCare/bantuan-kehilangan-pendapatan
SEMAKAN KELAYAKAN BKP
Semakan status kelayakan dan kelulusan BKP ini, ianya boleh dibuat secara online bermula 26 Oktober 2021 di portal rasmi BKP iaitu :
https://bkp.hasil.gov.my/
Untuk makluman, terdapat dua kaedah bayaran yang akan dipaparkan setelah hasil daripada semakan iaitu sama ada :
- Kaedah Bayaran : Kredit Akaun Bank
Sekiranya kaedah bayaran ‘Kredit Akaun Bank’, anda tidak perlu membuat penunaian di mana-mana kaunter BSN lagi kerana bayaran akan dikreditkan secara automatik ke akaun yang telah didaftarkan. - Kaedah Bayaran : Tunai
Sekiranya kaedah bayaran ‘Tunai’, anda perlu membuat penunaian bayaran melalui mana-mana kaunter BSN yang berdekatan.
CARA BUAT PENUNAIAN BKP DI BSN
Sekiranya anda ingin membuat penunaian bayaran bantuan BKP melalui kaunter BSN, ianya mudah sahaja. Anda hanya perlu lakukan :
- Membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN berdekatan. Sila kemukakan ketika di kaunter nanti.
Terima kasih pemimpin rakyat Malaysia..saya tak layak