BANTUAN

Bantuan Kewangan Nadma Sebanyak RM100 Sehari.

Untuk pengetahuan anda, terdapat satu lagi jenis bantuan yang boleh anda manfaatkan sekiranya anda telah dikuarantin atau mendapat rawatan disebabkan pandemik Covid-19. Bantuan yang kami maksudkan adalah, Bantuan Khas RM100 sehari yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). 

Ikuti perkongsian dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Covid-19 NADMA dan cara untuk memohon.

BANTUAN NADMA

Bantuan NADMA yang dilancarkan melalui Tabung Covid-19 adalah bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Kuarantin) bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat pesakit Covid-19 (warded).

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bantuan ini dilancarkan bagi membantu mereka yang :

  • telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
  • mereka yang menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penulaan Covid-19

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan bagi penerima yang layak adalah :

  • RM100
    – Sekiranya pesakit tersebut menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

  • Maksimum 14 hari rawatan (RM100 x 14 hari)
  • Bayaran One-off 
    – Bantuan hanya diberikan sekali sahaja dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah syarat kelayakan bagi menerima bantuan ini iaitu :

  • Warganegara Malaysia yang ekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak Covid-19.
  • Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak di bayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded)

PEMOHON TIDAK LAYAK

Untuk makluman, bukan semua pesakit yang layak bagi menerima bantuan ini antaranya :

  • Bukan Warganegara
  • Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
  • Mempunya pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded)

CARA MEMOHON 

Berikut adalah cara-cara untum memohon bantuan NADMA Covid-19 :

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan bagi menerima bantuan ini :

  • Borang permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A (dokumen asal)
  • Salinan kad pengenalan (salinan diakui SAH)
  • Dokumen KKM (diakui SAH) seperti :
    – Salinan Borang Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19
    – Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19
  • Borang Akuan kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (dokumen asal)
  • Salinan penyata bank / muka depan buku akaun (diakui SAH)

KAEDAH BAYARAN

Bayaran bantuan akan dibayar melalui kaedah Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh  penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19

Sekiranya anda telah mengemukakan permohonan Bantuan Khas Covid-19 dan ingin membuat semakan status permohonan, anda boleh semak secara online di pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengemukakan sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut, anda boleh terus berhubung :
Telefon : 03-8870 4800
E-mel    : admin@nadma.gov.my

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button