KWSP

i-Citra : Tarikh Rasmi Bayaran Pengeluaran RM5000 Berserta Cara Membuat Semakan

Sebelum ini, Kerajaan telah memperkenalkan beberapa program untuk membantu para pencarum KWSP dalam menghadapi krisis ekonomi berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Antara program tersebut seperti i-Lestari dan i-Sinar.

Bagi meringankan beban kewangan khususnya para ahli KWSP yang terjejas akibat pelaksanaan PKP dan pada 12 Julai lalu, ahli KWSP yang memenuhi syarat pengeluaran i-Citra telah boleh membuat permohonan pengeluaran sehingga RM5000.

Terkini, melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KWSP, mana-mana ahlinya yang telah membuat permohonan pengeluaran telah boleh membuat semakan status permohonan secara online.

Sebelum itu, ingin sekali lagi pihak kami kongsikan maklumat teperinci berserta cara untuk membuat semakan permohonan.
Ikuti perkongsian dibawah mengenainya.

i-Citra KWSP

Pelaksanaan program i-Citra KWSP ini merupakan satu lagi kemudahan pengeluaran baharu yang telah di umumkan oleh bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sebelum ini ketika beliau memperkenalkan pakej baru iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran secara bulanan. Dengan jumlah tersebut, pelaksanaan program ini dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian mereka.

PENGELUARAN I-CITRA KWSP

Menerusi program baru iaitu i-Citra KWSP ini, ahli-ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP mereka pada kadar berikut :

  • Jumlah Pengeluaran : i-Citra RM5,000
  • Kadar Bayaran : RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan

TARIKH BAYARAN I-CITRA 

Untuk pengetahuan anda, bayaran i-Citra akan dibuat secara beperinkat dan akan dikreditkan ke akaun masing-masing bermula :

  • 1 November 2021

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Sekiranya ahli KWSP ingin membuat semakan status permohonan mereka, semakan boleh dibuat secara online di laman berikut :

  • Sila ke https://icitra.kwsp.gov.my/
  • Klik ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Telefon, tandakan pada kotak ‘Saya Bukan Robot‘ dan klik ‘SEMAK STATUS
  • Status permohonan anda akan dipaparkan

SEMAKAN MELALUI I-AKAUN

Langkah ini hanya boleh dilakukan kepada penerima yang mempunya i-Akaun
  • Buka aplikasi i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  • Sila daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah didaftarkan
  • Klik dan semak pada bahagian ‘PENGELUARAN / WITHDRAWAL (BAHASA INGGERIS)’
  • Kemudian klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  • Selanjutnya, klik di paparan ‘i-Citra’
  • Tarikh bayaran akan dipaparkan 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button