Khas untuk anda yang bergelar “graduan”. Sekiranya anda berminat untuk menceburi dalam bidang perniagaan, jangan lepaskan peluang ini kerana PUNB mempelawa anda untuk menyertai satu program iaitu Program JUMPER PUNB yang akan membantu anda bergiat dalam dunia perniagaan.
Dengan kerjasama beberapa syarikat-syarikat yang lain, peserta dan perantis yang menyertai program JUMPER akan dilatih dan dibimbing oleh syarikat di bawah naungan PUNB.
Ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui maklumat terperinci program JUMPER PUNB ini.
PROGRAM JUMPER PUNB 2021
Program ini ialah program latihan keusahawanan bagi siswazah mudah Bumiputera yang memilih dan ingin menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.
PENGAMBILAN JUMPER PUNB
Sekiranya siswazah tersebut berminat untuk menyertai program JUMPER PUNB ini, pengambilan baru perantis kini telah di buka sehingga :
- 4 November 2021
KELEBIHAN PROGRAM JUMPER PUNB
Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda boleh dapatkan dan diberikan sekiranya anda menyertai program ini. Antaranya adalah :
- Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1200 sebulan
- Program latihan di bawah bimbingan usahawan (Mentor) hebat selama 8 bulan
- Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan
- Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program
- Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 atau RM300,000 bagi mereka yang layak (Tertakluk terma dan syarat)
- Pembiayaan patuh syariah
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat telah ditetapkan sekiranya mana-mana siswazah ingin menyertai program JUMPER PUNB ini. Pastikan syarat yang disebutkan dibawah memenuhi kriteria anda :
- Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan
- Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor terpilih
- Mencari program latihan dan bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri
- Graduan Bumiputera berumur 30 tahun dan ke bawah semasa tarikh pendaftaran
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari institusi yang diiktiraf kerajaan (MQA)
- Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan
PROSES PERMOHONAN
Berikut merupakan proses permohonan JUMPER ‘Start Up’ PUNB :
- Peserta mendaftar dan menghadiri temuduga panel
- Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek
- Proses penempatan dan kelulusan
- Peserta mempunyai kursus induksi dan motivasi keusahawanan
- Peserta lapor diri & latihan bermula
Mana-mana siswazah yang berminat dan ingin menyertai program JUMPER PUNB 2021 pengambila Disember 2021 ini, sila buat pendaftaran dan permohonan sebelum 4 November 2021 ini.
Permohonan anda mestilah dihantar secara online dengan mengisi borang program JUMPER PUNB. Sila klik pautan dibawah untuk mohon :
Borang Penyertaan Program JUMPER PUNB
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program JUMPER PUNB 2021 ini, anda boleh menghubungi :
- Talian Khidmat Pelanggan : 1 300 13 7862
- Emel : jumper@punb.com.my