Bantuan untuk Warga Emas sebelum ini adalah sebanyak RM350 sebulan. Namun, pada pembentangan Belanjawan 2021 November lalu, tambahan sebanyak RM150 di berikan kepada Warga Emas dan jumlah keseluruhan adalah RM500 setiap bulan. Perkara ini telah di umumkan oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika dalam pembentangannya.
Oleh itu, perkongsian kali ini mengenai maklumat terperinci serta bagaimana cara untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas ini. Ikuti perkongsian dibawah.
BANTUAN WARGA EMAS
Untuk makluman semua, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan satu bantuan khas untuk Warga Emas secara bulanan.
Objektif utama bantuan untuk Warga Emas ini disediakan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti setempat.
Di Malaysia, takrifan orang tua atau warga emas yang di gunakan ialah mereka yang berumur 60 tahun yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.
Kenaikan kadar bantuan ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion (tambahan RM700 juta) dan akan memanfaatkan lebih 400 ribu penerima berbanding tahun sebelumnya. Bagi bantuan ini, ianya termasuklah seperti :
- OKU Tidak Berupaya Bekerja
- Warga Emas
- Penjagaan OKU
- Pesakit Kronik Terlantar
- Elaun Pekerja OKU
- Kanak-Kanak Keluarga Miskin
SYARAT KELAYAKAN
Beberapa syarat kelayakan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk permohonan ini. Ianya seperti berikut :
1) Warganegara Malaysia dan Permastautin Tetap
2) Berumur 60 tahun ke atas
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
4) Bukan tinggal di :
- Institusi kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau
- Pusat Jagaan harian / perkhidmatan secara percuma / berkediaman yang memberi kemudahan , atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak di pertimbangkan dengan kelulusan KPKM
CARA MOHON
1) Si layari portal rasmi JKM iaitu : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/
2) Klik pada butang “Daftar Permohonan“
3) Masukkan negeri tempat tinggal dan No Kad Pengenalan
4) Setelah selesai, klik butang “Daftar“
Nota :
- Dalam masa 14 hari, anda haruslah pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan kawasan anda bersertakan dokumen sokongan yang diperlukan
DOKUMEN YANG DI PERLUKAN
- Salinan kad pengenalan diri pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
- Slip gaji (jika ada)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
SOALAN LAZIM
MAKLUMAT LANJUT
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
No Tel: 03-8000 8000