BANTUAN

Pakej Keluarga Malaysia – Bantuan Telefon Baru Dan Data Internet

Baru-baru ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membuat satu pengumuman mengenai satu bantuan peranti mudah alih dan internet akan diberikan kepada rakyat Malaysia menerusi Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia.

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Menteri KKMM didalam ucapannya, bantuan akses internet ini diberikan bagi memastikan setiap rakyat mempunyai akses internet pada kos mura terutamanya bagi golongan pelajar dan remaja serta mereka yang berpendapatan rendah.

Oleh itu, pada kali ini pihak kami akan kongsikan kepada anda maklumat terperinci berserta cara untuk membuat pendaftaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini. 

Ikuti perkongsian di bawah.

PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Pakej ini adalah pakej berbayar khususnya buat golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Apa yang terkandung didalam pakej ini adalah :

  • RM10/sebulan 
    – RM30/3 bulan (data 20GB untuk 3 bulan + 1GB percuma)
    – Akses internet tanpa had (Jumlah 90GB)
Menerusi data yang ditawarkan (20GB) ini, ianya akan memanfaatkan pengguna bagi melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, muat turun video atau aktiviti yang berbentuk hiburan.

PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Bagi pakej ini pula, ianya salah satu pakej yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Ciri-ciri mengenai pakej ini adalah :

  • Langganan RM40/sebulan
  • Kontrak selama 12 – 24 bulan (tertakluk kepada jenis peranti)

TARIKH PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat permohonan, ianya boleh dilakukan bemula :

  • 15 OKTOBER 2021 – 15 APRIL 2022

CARA PERMOHONAN

Berikut adalah cara-cara untuk anda membuat permohonan menerusi pakej yang telah diperkenalkan oleh KKMM. Sila hubungi mana-mana syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan kedua-dua pakej ini :

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://www.kkmm.gov.my/.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button