Bantuan RM300 Untuk Isi Rumah Sehingga Disember Ini
Sebelum ini melalui pakej PEMERKASA yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar melalui program Prihatin Kasih.
Menerusi program ini, ianya akan memanfaatkan sebanyak 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara di mana penerima yang layak akan mendapat bantuan barangan dapur dan disalurkan secara tanpa tunai melalui penggunaan MyKad sahaja.
Untuk lebih lanjut, ikuti perkongsian dibawah mengenai Program Prihatin Kasih.
PROGRAM PRIHATIN KASIH
Program Prihatin Kasih merupakan salah satu inisiatif yang terkandung dalam pelaksanaan pakej bantuan iaitu PEMERKASA sebelum ini.
Ianya bertujuan untuk membantu golongan miskin bandar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dengan menghulurkan bantuang barangan dapur melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) hanya menerusi MyKad.
JENIS BARANGAN DAPUR
Melalui program ini, sekiranya anda layak untuk menerima bantuan ini, antara barangan keperluan asas yang boleh dibeli antaranya seperti :
- Susu bayi
- Beras
- Minyak masak
- Telur
- Makanan dalam tin
- dan sebagainya
Sebanyak 300 rantaian pasar raya dan kedai runcit yang anda boleh kunjungi untuk membeli barangan dapur antaranya :
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific
- Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus Store (Tesco)
- Kedai-kedai runcit
- dan sebagainya
KADAR BANTUAN PRIHATIN KASIH
Mengenai kadar bantuan program Prihatin Kasih ini pula, mereka yang layak akan mendapat elaun sebanyak :
- RM100 sebulan (tempoh 3 bulan)
Penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas di kedai-kedai runcit yang berhampiran.
Sekiranya terdapat baki melalui elaun bulanan yang diberikan, elaun bulanan tersebut boleh dan akan dibawa kebulan berikutnya dan boleh digunakan sehingga akhir tahun.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Sekiranya anda ingin membuat semakan untuk mengetahui status kelayakan anda, ianya boleh dilakukan secara online. Ikut langkah-langkah di bawah :
- Sila ke pautan ini : Semakan Prihatin Kasih
- Masukkan No Kad Pengenalan anda
- Isi kod Captcha
- Status kelayakan anda akan dipaparkan
- Penerima akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
- Para penerima perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.
BULAN PELAKSANAAN
- Julai – September 2021 :
Selangor dan Kuala Lumpur - Ogos – Oktober 2021 :
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka & Terengganu - September – November 2021 / Oktober – Disember 2021 :
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak.
Bantu lah saya seadanya
Syahrol bin sarbani
Maybank
164061878494
@
Bank islam
14210024008350
0166019257
bantu la saya seadanya…suamu kehilangan kerja disebabkan kemalangan dan oku skrg…anak 5 org…
seikhlas hati…cimb 7003200526
0176721417
Saya amat memerlukan bantuan saya ibu tunggal 3 org anak..saya tinggal di selangor..no telefon saya 0142520154..no akaun saya 0800741000053665 bsn hamirul fatihah binti amiruddin.
saya nk tya.ibu tunggal mcm saya ni xlayak ka dpt bantuan ni.saya dah byk kli isi borang ekasih.apa pun xdpt jawapan.
kita try wt bisness online tanpa keluarkn modal pn.. wasap sy http://www.wasap.my/60199222013/nkjoinbisness
JIKA ADA YANG IKHLAS DAN ADA REZEKI LEBIH BOLEH BANTU SAYA UNTUK SARA MAK, ADIK BERADIK 3 Orang & NENEK YANG NYANYUK.
Bank Islam: 13053024629638
Nama: Muhammad Tarmizi
No Whatsapp: +601172761901